4 Langkah Elakkan Sindrome The One.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apa itu sindrome the one? Sindrome ini adalah mereka yang meletakkan satu harapan pada satu perhubungan yang belum pasti. Sebagai contoh, hubungan yang masih dalam perkenalan yang belum lagi ke arah percintaan. Namun, sebelah pihak telah meletakkan pengharapan yang tinggi dalam hubungan tersebut serta telah berangan mempunyai masa hadapan bersama dengan orang tersebut. Sedangkan hubungan tersebut masih lagi belum dinyatakan sebagai bercinta atau berkawan. Buat mereka yang mempunyai masalah ini, boleh ikuti empat langkah ini. Mari ketahuinya.



1. Jangan terlalu cepat jatuh cinta.

Terlalu mudah jatuh cinta hanya akan membuat diri anda terluka sahaja. Adalah lebih baik anda mengambil langkah untuk berkenalan dengan ramai orang, bukan hanya setia pada dirinya. Bukan itu sahaja, cuba untuk kawal diri anda untuk melihat dirinya dari pandangan sudut yang berbeza. Lihat dirinya sebagai kenalan mahupun rakan sahaja.

2. Jangan membayangkan masa depan anda bersamanya.

Anda mungkin terlalu berlebihan sekiranya mula membayangkan masa depan anda dengannya. Sebagai contoh, perkara-perkara romantik yang akan dilakukan, majlis perkahwinan anda, memiliki berapa ramai anak serta pelbagai lagi. Sedangkan anda dan dirinya masih lagi berada dalam tahap perkenalan bukan percintaan.

3. Jangan letakkan harapan yang dia mempunyai perasaan terhadap anda.

Berharap itu tidak salah tetapi jangan terlalu berlebihan. Berharap dirinya akan membalas cinta anda itu sudah memadai, tetapi jika anda berharap anda akan mempunyai anak-anak bersama dengannya, berharap dirinya setia kepada anda itu adalah salah. Anda perlu sedar bahawa anda masih lagi dalam tahap perkenalan dengannya.


4. Jangan menganggap dirinya terlalu sempurna.

Cuba untuk membuka mata dan melihat orang disekeliling anda, pasti akan anda yang lebih baik darinya. Maka anda jangan terlalu melihat dirinya berbeza dengan orang lain. Anggap sahaja mereka ini semua sama selagi kalian masih belum mempunyai hubungan percintaan. Jika anda melihat dirinya terlalu sempurna untuk anda pasti sukar anda ingin buka mata melihat yang lain.

Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi dalam hubungan anda. Jika yang bercinta juga tidak boleh terlalu berharap, bagaimana anda yang baru berkenalan sudah berharap setinggi gunung. Cuba untuk kawal diri anda jangan terlalu berlebihan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen