Pasangan Anda Curang? Ikuti 4 Cara Untuk Mencintai Diri Anda Kembali.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hati siapa yang tidak remuk apabila dapat tahu pasangan yang dicintai itu berpaling tadah terhadap diri ini. Namun nasi telah menjadi bubur, untuk apa anda marah-marah sekiranya pihak ketiga itu tetap menjadi pilihan. Lebih baik anda bersabar dan mencintai diri anda sendiri, itu adalah lebih baik. Berpaling untuk melupakan itu bukan mudah, jadi jangan terburu-buru ambil masa anda. Berikut adalah langkah untuk mencintai diri anda sendiri.



1. Menghormati diri anda.

Sebelum anda ingin meminta orang lain menghormati diri anda, adalah lebih baik anda menghormati diri anda terlebih dahulu. Berhenti untuk beri fokus kepada pasangan yang tidak memberi kebahagiaan kepada diri anda. berhenti juga untuk menghormati dirinya. Jika anda tidak menghormati diri anda, tidak akan ada orang yang menghormati anda

2. Buat perubahan.

Cuba untuk lakukan perubahan pada diri anda. Jika anda terlalu berlembut dengan orang disekeliling anda, mula untuk tidak berlembut dngan mereka. Cuba untuk pertahankan diri anda dalam apa jua keadaan. Jangan sesekali biarkan dirinya merendahkan anda kerana anda terlalu berlembut.

3. Percaya pada diri sendiri.

Anda harus yakin akan setiap keputusan yang anda lakukan itu adalah betul. Percaya setiap apa yang anda lakukan, jangan sesekali teragak-agak untuk lakukan perkara tersebut. Jika anda ragu-ragu akan diri anda, nanti akan ada pihak lain yang mengambil kesempatan ke atas diri anda.


4. Cari kebahagiaan tersendiri.

Setiap orang mempunyai kebahagiaan yang tersendiri. Yang membezakannya sama ada anda akan melaluinya bersendirian ataupun tidak. Tetapi jika anda telah dicurangi, adalah lebih baik anda mencari kebahagiaan untuk diri sendiri dahulu. Buat sesuatu yang membuat diri anda bahagia bukannya sesuatu yang memberi orang lain kebahagiaan.

Jangan pernah toleh ke belakang untuk melihat bertapa terlukanya ataupun bertapa bahagianya si dia. Ia hanya membuat anda terluka, terus berjalan dan memandang kehadapan tanpa menghiraukan yang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen