Teman Lelaki Sudah Tidak Seromantik Dahulu, Apa Puncanya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Pada awal perkenalan sudah pasti pasangan kita itu seorang yang romantik dan kerap kali menyatakan perkara-perkara yang indah sahaja. Salah satu sebab anda tertarik dengannya adalah kerana sikap romantik yang anda pada dirinya. Tapi siapa sangka sikap romantik yang membuat anda tertarik itu kini semakin berkurangan. Adakah anda yang sudah tidak tertarik dengannya atau dia yang sudah tidak tertarik dengan anda? Mari ketahuinya.



1. Hilang minat setelah memiliki anda.

Ketika teman lelaki anda sudah memiliki anda, minatnya terhadap anda semakin berkurangan. Di mana mereka ini tidak memerlukan usaha yang gigih untuk memikat hati anda. Dirinya juga merasakan anda sudah selamat dalam gengamannya sedangkan anda juga boleh beralih arah seperti dirinya.

2. Pasangan yang terburu-buru dalam hubungan biasanya tidak lama.

Setiap pasangan akan memulakan hubungan yang berlainan. Ada yang malu-malu, ada yang terburu-buru dan anda yang menagis dahulu. Semua permulaan hubungan ini akan menjadi punca sejauh mana hubungan tersebut itu mampu bertahan. Dan biasanya hubungan yang dimulakan dengan terburu-buru ini akan mempunyai jangka perhubungan yang pendek.

3. Kurang dan terlebih komunikasi melalui telefon bimbit.

Kekurangan komunikasi serta terlebih komunikasi akan menyebabkan timbulnya kebosanan dalam hubungan. Mana tidaknya jika kurang komunikasi hubungan jadi renggang, jika terlebih komunikasi hubungan jadi bosan. Jadi hubungan anda yang mana? Berkomunikasi itu perlu tetapi jangan sampai pasangan anda rimas.


4. Semakin kenal semakin menjauh.

Sebelum mengenali anda dirinya ingin berkenalan lebih rapat dengan anda, tapi lama kelaman dia pula semakin menjauh. Hal ini kerana, dirinya sudah bosan dengan anda, kerana setiap perbuatan anda mudah untuk dirinya baca. Ia juga sudah tahu segala-galanya mengenai anda. Seumpama tiada rahsia lagi antara kalian.

Jika perkara ini berlaku dalam hubungan anda, jangan terlalu berharap pada dirinya. Anda pula kena memainkan peranan untuk melakukan sesuatu yang romantik dan sweet agar dirinya terus meminati anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen