Betulkah Teman Wanita Yang Kuat Berleter Kurang Digemari. Apakah sebabnya?

Kebiasaannya wanita dikaitkan dengan mulut murai kerana perwatakan mereka yang bermulut becok, gemar membebel atau berleter, tidak mengira masa dan juga tempat. Bukan semua orang menyenangi wanita bermulut murai. Hal ini adalah kerana ia sangat menggangu ketenangan sesuatu tempat seperti di dalam rumah atau mungkin juga di luar rumah.



MENGUSUTKAN KEADAAN DENGAN SUARA SI MULUT MURAI YANG TIDAK BERHENTI BERCAKAP, SITUASI INI AMAT MERIMASKAN LELAKI.

Wanita yang sering dikaitkan dengan mulut murai biasanya seorang isteri yang asyik berleter kepada ahli keluarga ,samada suami ataupun anak-anak. Itu jika si mulut murai berada di rumah dan melayan ahli keluarganya, bagaimana pula jika ada tetamu yang bertandang ke rumah?

Pasti si mulut murailah yang paling banyak bercakap dan bercerita tentang itu dan ini kadangkala tidak tahu tentang kesahihan cerita tersebut, bimbang jika kita yang mendengar turut mendapat dosa memfitnah atau mengumpat.



SUKA MENGAMBIL TAHU HAL ORANG LAIN TETAPI HAL SENDIRI TIDAK DIPERBETULKAN. BIASANYA WANITA SEBEGINI, TIDAK SUKA APABILA DIRINYA DITEGUR ATAU PUN DIKRITIK.

Hal ini turut di bawa hingga ke tempat kerja, si mulut murai banyak menghabiskan masanya dengan bercerita dan tanpa disedari bergosip dengan rakan sekerja yang lain. Seolah-olah semua perkara tidak kena padanya dan diluahkan secara spontan tanpa berfikir panjang samada ada pihak yang akan sakit hati atau tidak.

TERLALU BANYAK BERBICARA TANPA MEMBERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN UNTUK BERBICARA.

Lelaki tidak menyukai wanita bermulut murai kerana apabila terlalu banyak berbicara boleh menimbulkan pergaduhan yang tidak diingini hanya kerana mulut yang berbicara. Lelaki akan mudah berasa bosan dengan sikap wanita mulut murai sehinggakan mereka merasakan tidak ada masa untuk merasa tenang.



SETIAP PERBICARAAN MENJURUS KEPADA KESALAHAN ORANG LAIN DAN MEMBURUKKAN ORANG SEKELILINGNYA.

Si mulut murai juga cenderung untuk menjadi batu api atau pembawa kepada pergaduhan sesama rakan-rakannya sendiri. Mereka suka untuk membawa mulut bercerita tentang perihal orang lain terhadap orang lain tanpa memikirkan tentang aib orang tersebut. Apa yang mereka dengar atau lihat terus dijadikan sebagai ‘hot story’ tanpa melakukan usul periksa samada berita itu benar ataupun tidak.

Namun, wanita yang kuat berleter ini tidaklah semuanya memberi kesan negatif terhadap keadaan sekeliling, tetapi ia cuma banyak menimbulkan pelbagai masalah seperti membawa pergaduhan, ketidakharmonian sesebuah institusi perkahwinan dan pekerjaan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen