5 Jenis Orang Yang Perlu Anda Jauhi Ketika Sedang Mencari jodoh.

Saat tercari-cari pasangan hidup, anda perlu berhati-hati dalam memilih pasangan. Jangan hanya melihat kesempurnaan dirinya, tetapi cuba lihat kekurangan yang ada padanya. Pada ketika umur ini, anda tidak boleh memilih pasangan yang hanya membuang masa, tetapi mencari pasangan yang mempunyai tujuan yang sama dengan anda. Maka dengan itu, anda perlu elakkan lima jenis orang yang perlu anda elakkan demi mendapat jodoh yang baik.



1. Mereka yang tidak mempunyai masa depan yang jelas.

Masa depan amat penting demi kesejahteraan bersama. Seseorang lelaki dewasa perlu mempunyai matlamat dan tujuan dalam hidup mereka. Jika mereka tidak mempunyai dua perkara ini, dia bukanlah lelaki yang sesuai untuk anda. Hal ini kerana, anda akan membuang masa menunggu dirinya.

2. Mereka yang masih megenangkan cinta lalu.

Untuk apa berharap dengan mereka yang masih lagi mengingati kenangan lalu. Mereka ini pasti belum bersedia menyerahkan hatinya untuk anda. Baik anda mencari seseorang yang bersedia menyerahkan hatinya untuk anda serta meletakkan anda sebagai yang paling utama.

3. Mereka yang masih mempunyai isteri atau suami.

Jangan menganggu hubungan orang lain. Hal ini kerana, orang ketiga biasanya merugikan jika hendak berbanding yang pertama. Pasangan anda sudah pasti akan memilih suami atau isterinya apabila menghadapi masalah nanti. Jadi lebih baik anda jauhi hubungan cinta tiga segi ini.


4. Orang yang takut akan komitmen.

Komitmen itu sangat penting dalam hubungan, tiada hubungan yang terjalin tanpa sebarang komitmen. Maka jika dia tidak mahu atau tidak bersedia mempunyai komitmen dengan anda, maka tinggalkan sahaja mereka ini. Dirinya masih lagi mahu berseronok bukan mahu sesuatu yang serius.

5. Orang yang takut akan perubahan.

Orang yang terlalu selesa di dalam kehidupannya tidak akan mahu untuk berubah akan sesuatu yang baru. Mereka ini akan sentiasa ragu-ragu dengan perkara yang mereka lakukan. Maka anda harus berhati-hati dengan mereka ini.

Walaupun kadang kala kita mempunyai keinginan yang tinggi untuk mempunyai pasangan, tetapi jangan lah lupa untuk melihat kekurangan dan sisi lain seseorang itu. Jangan hanya mengikutkan keinginan kita, akhirnya diri sendiri yang susah.

 

Anda masih keseorangan?

964,229 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen