5 Cara Membuat Pasangan Lebih Jujur Dalam Perhubungan Kalian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Komunikasi adalah salah satu cara untuk sebuah hubungan itu berjalan dengan baik. Bukan hanya baik malah bahagia hingga ke pengakhiran yang mengembirakan. Tetapi, komunikasi yang baik juga tidak mampu membuat setiap pasangan kekasih bertahan tanpa ada kejujuran di dalamnya. Maka dengan itu, kejujuran di dalam komunikasi adalah penting buat mereka yang bercinta. Tapi bagaimana jika pasangan tidak mahu jujur dengan anda? mungkin anda boleh cuba lima perkara ini.



1. Bertanya secara langsung.

Tidak salah sekiranya anda bertanya secara langsung pada pasangan anda apabila anda merasa ragu-ragu terhadap sesuatu. Hal ini kerana, si dia akan lebih mudah bersifat terbuka dan jujur jika anda tidak membuat kesimpulan yang tersendiri. Bukan hanya itu sahaja, anda juga lebih mudah menerima walaupun ia agak menyakiti anda.

2. Katakana apa yang anda takutkan dan risaukan.

Apabila hadapi satu kebimbangan yang melampau sehingga ia mampu melahirkan perasaan cemburu, insecure dan overthinking, adalah lebih baik anda jujur terhadap pasangan anda. Hal ini kerana, pasangan anda tidak akan terlalu rimas dengan perbuatan anda, malah dirinya akan membantu anda untuk mengawal perkara tersebut.

3. Peka terhadap perubahan emosi pasangan.

Sebagai seorang pasangan yang baik, anda seharusnya peka dengan kedaan emosi pasangan anda. Hal ini akan membuat diri anda terbatas untuk melakukan sesuatu perkara yang menyakitinya. Kadang kala, kita tidak sedar kita telah menyakiti dirinya tanpa sengaja.


4. Jangan abaikan perasaan sendiri.

Walaupun anda mahukan kejujuran dalam sesebuah hubungan, jangan sesekali anda mengabikan perasaan anda sendiri. Anda berhak untuk melindungi hati anda dari terluka. Jika kejujurannya itu menyakiti anda, anda harus berterus terang dan memintanya agar tidak menyakiti anda lagi.

5. Tetapkan waktu untuk anda luahkan isi hati masing-masing.

Sesi untuk meluahkan perasaan antara satu sama lain ini tersangat lah penting. Hal ini kerana, setiap dari anda mampu meluahkan sesuatu yang terluka ataupun yang membuat anda tidak bersetuju. Jika tiada sesi luahan ini, setiap pasangan hanya akan menyimpan perasaan mereka di dalam hati sahaja.

Jika inginkan satu hubungan yang baik jangan pernah takut untuk berlaku jujur. Mungkin kejujuran itu akan menyakiti tetapi ia akan membuat kedaan semakin membaik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen