Tanda-Tanda Anda Telah Jatuh Cinta Pada Si Dia.

Terdapat banyak perkara atau situasi yang membuktikan anda sedang dilamun cinta. Sama ada melalui perbuatan atau perasaan, kita sahaja yang dapat menentukan bahawa ia cinta atau main-main sahaja. Namun begitu, pastikan anda tidak bertepuk sebelah tangan dan cinta anda disambut, okay.



Jom ketahui tanda-tanda tersebut....

1. Sentiasa memikirkan tentang si dia.

Setiap perkara yang kita lakukan pasti mudah sahaja anda teringat pada si dia. Membuat kerja teringatkan si dia, sedang berehat, mahu melelapkan mata, ada sahaja wajah si dia. Manusia yang diberi akal fikiran sudah tentu setiap perkara sering bermain di minda, dan membuatkan kita sering teringat.



2. Senang berbual dengan si dia.

Apabila kita telah jatuh cinta, perasaan itu membuatkan kita selesa untuk berbual dengan seseorang. Jika sebelum ini anda tidak suka berbual dan lebih suka mesej/whatsapp sahaja, tetapi kali ini ringan sahaja mulut anda untuk berbicara dengan si dia.

3. Namanya sentiasa disebut di dalam doa.

Cinta yang suci membawa seseorang itu ke arah yang lebih baik. Justeru dalam solat pastinya nama si dia akan turut meniti di bibir sambil kita mendoakan dia supaya mendapat kebaikan.



4. Meletakkan diri si dia dalam gambaran masa depan.

Cinta akan membuatkan seseorang mengelamun hingga ke masa hadapan. Dan sudah tentu gambaran masa depan itu adanya si dia. Malah ingin menjadi pasangannya dan membina kehidupan sebagai suami isteri. Apabila telah terlalu cinta, perlulah diakhiri dengan pernikahan kerana ia cinta dari Allah SWT.

5. Rasa rindu jika sudah lama tidak bersua.

Cinta juga akan menyebabkan seseorang itu akan alami perasaan rindu apabila sudah terlalu lama tidak bertemu. Tidak bertemu wajah, suara tidak lagi kedengaran, pasti terbit perasaan rindu. Lebih baik disegerakan ke langkah seterusnya supaya perasaan ini diteruskan ke alam perkahwinan.



6. Mudah merajuk.

Cinta juga akan menyebabkan seseorang itu mudah beremosi tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita. Lelaki yang ego juga akan mudah merajuk kerana mereka telah jatuh cinta. Cinta itu seperti ajaib kerana mampu mengubah seseorang untuk membuat sesuatu diluar jangkaannya sendiri.

7. Mulai ambil berat hal-hal kecil.

Anda mulai ambil berat hal kecil misalnya tarikh lahir si dia, jumlah adik-beradiknya, asal mana, siapa nama ibunya, kerja apa, apa warna kegemarannya, apa hobinya. Kalau boleh segala benda mengenai diri si dia ingin anda ketahui.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen