Perbuatan Yang Kerap Kali Tidak Disengajakan Tetapi Mampu Mengundang Rasa Cemburu Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perasaan cemburu itu sememangnya hadir di dalam perhubungan. Ia satu perasaan yang tidak boleh dikawal terutama jika ia melibatkan dengan perkara yang kita sayangi. Perasaan cemburu itu hadir apabila anda mempunyai rasa untuk melindungi sesuatu yang anda rasa milik anda. Bukan itu sahaja, cemburu juga dikatakan sebagai tanda kasih sayang terhadap pasangannya. Berikut adalah perbuatan-perbuatan yang boleh menimbulkan perasan cemburu pasangan anda.



1. Berbual dengan yang berlainan jantina di hadapan dia.

Baik lelaki mahupun wanita, jika meliaht pasangannya sedang berbual dengan mereka yang berlawanan jantina dengan mereka pasti akan timbul rasa cemburu. Tidak kira lah ia kenalan lama, rakan sepejabat mahupun teman rapatnya. Perasaan cemburu itu hadir kerana risau sekiranya pasangan menjalinkan hubungan dengan mereka itu.

2. Imbas kembali kenangan bersama bekas kekasih.

Walupun hubungan yang lalu begitu indah pada mata anda, dan bekas kekasih anda begitu baik serta sempurna, ia tidak bermakna anda berhak untuk mengimbas perbuatan lama anda dengannya. Bukan itu sahaja anda juga tidak berhak untuk mengingati kebaikan bersama pasangan yang lalu kerana hubungan itu telah tiada. Jika anda melakukan hal ini, pasangan anda akan beranggapan bahawa anda masih lagi tidak mampu menerima dirinya seadanya.

3. Lebih mementingkan hal lain berbanding pasangan.

Dirinya dalah pasangan anda, itu bermakna ia menjadi kepntingan anda juga. Mungkin anda lebih mengutamakan ahli keluarga anda tetapi si dia perlulah menjadi yang kedua. Pasangan anda ini mungkin akan menjadi suami atau isteri anda, jadi masa awal ini lah anda perlu mula menjaga hatinya.


4. Bermain mata dengan orang lain.

Apabila berhadapan dengan pasangan anda, si dia mengharapkan anda memberi tumpuan kepadanya. Jika anda bermain mata dengan orang lain itu bermakna anda tidak menumpukan perhatian anda kepadanya. Dari situ lahirlah perasaan cemburu dalam dirinya hingga membuat dirinya marah akan anda.

Cemburu itu tidak salah sekiranya ianya tidak berlebihan. Cemburu itu juga perlu dalam hubungan untuk memastikan pasangan kita lebih terjaga. Dan tidak salah juga sengaja membuat pasangan kita cemburu demi ingin tahu perasaan si dia terhadap kita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen