Bakal Pengantin Perlu Waspada, Punca Kecil Ini Akan Mengakitbatkan Pergaduhan Dan Akhirnya Memutuskan Untuk Bercerai.

Sebelum berkahwin, pasti ada sahaja pergaduhan yang berlaku dikalangan pasangan. Tetapi pergaduhan kecil antara pasangan yang bercinta sebelum berkahwin, LAIN SAMA SEKALI dengan pergaduhan kecil pasangan yang telah berkahwin.

Sekecil-kecil pergaduhan yang anda alami, kecil lagi pergaduhan diantara pasangan suami isteri.

Ini kerana pasangan yang telah berkahwin telah nampak sekecil-kecil kelemahan yang tidak pernah ditunjukkan sebelum berkahwin. Persiapkan diri anda untuk menghadapi pergaduhan di atas perkara kecil sperti berikut….



1. Longgokan sisa makanan di sinki.

Semasa bujang, anda seperti telah biasa membiarkan sisa makanan di sinki tanpa membuangnya di tong sampah. Malah tiada siapa pula mahu menegur perbuatan anda. Jika ada yang menegur seperti ibu sendiri, anda hanya membiarkan nasihat itu berlalu.

2. Kotoran di kamar mandi.

Kamar mandi memang seharusnya dibersihkan selalu, kerana ia sering digunakan. Sesetengah orang tidak suka walaupun kotoran sedikit di sinki dan sentiasa mahu dibersihkan. Jadi, jika pasangan anda adalah seorang yang pembersih, anda juga perlu sentiasa belajar dan didik diri untuk menjadi pembersih.

3. Sentiasa menukar rancangan televisyen.

Remote di tangan anda seperti robot. Jari jemari anda secara tidak sedar, menekan butang-butang pada remote tanpa kawalan. Perkara ini sebenarnya amat menjengkelkan pasangan.



4. Kebersihan di tandas tidak dititikberatkan.

Seperti tidak meletakkan berus gigi di tempat yang disediakan, tidak menutup kembali penutup ubat gigi, membiarkan penutup tandas terbuka, malah tidak flush setelah menggunakan tandas.

SELAIN DARIPADA ITU…

5. Membiarkan lampu terbuka.

6. Membiarkan cawan kotor dimana-mana sahaja.



7. timbunan baju kotor yang tidak diletakkan dibakul cucian.

8. Membiarkan tuala basah di atas katil atau lantai.

KAUM LELAKI JUGA AMAT PANTANG DAN RIMAS APABILA ISTERI MEREKA…

1. Mengambil masa yang terlalu lama untuk bersiap.

2. Membebel dan berleter tentang mengemas rumah.

3. Membiarkan rambut gugur di tandas.



4. Membiarkan sampah dirumah penuh tanpa dibuang.

5. Timbunan tisu dimerata tempat.

6. Menonton rancangan korea tidak kira masa.

Perkara kecil ini kelihatan seperti bukan isu besar dan tidak patut diperbesarkan. Tetapi jika ia berlarutan tanpa mempunyai inisiatif untuk memperbaiki kelemahan tersebut, khuatir ia akan mengganggu ketenteraman hubungan kalian dalam perkahwinan.

Jadi, jika ia terjadi, berbincang kembali bersama pasangan perkara yang anda tidak suka jika dia sering lakukan. Jangan memendam perasaan sehingga menimbulkan pergaduhan.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen