Antara Alasan Lelaki, Mengapa Mereka Sukar Untuk Berpisah Walaupun Dalam Hubungan Toksik.

‘Toxic relationship’ adalah hubungan yang perlu dielakkan oleh semua pasangan. Setiap pasangan pasti takut untuk mengalami hubungan sebegini, kerana kalian berdua harus berpisah, tetapi masih bersama. Apabila ia tidak dibendung dengan cara yang betul, hubungan sebegini berupaya membuatkan masing-masing malas untuk menyelesaikan masalah dan biar ia berlarutan.



Jadi, apakah alasan lelaki masih bersama dengan kekasihnya walaupun hatinya sakit..

1. Tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk berpisah.

Lelaki sebegini hanya tahu mendiamkan diri sahaja, tanpa berkomunikasi jika kekasih hati membuatkan hatinya terkilan dan disakiti. Dia lebih rela mengunci mulut daripada berkata-kata benar. Kebanyakan lelaki ini tidak mengetahui cara untuk berpisah kerana ia adalah kali pertama mereka dalam hubungan cinta.

Mereka seperti menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu tentang hubungan yang tidak boleh kekal lama ini, tetapi mendiamkan diri adalah cara terbaik.



2. Berupaya untuk menipu hati dan diri sendiri.

Ada juga lelaki menyatakan, mereka cuba untuk sedapkan hati sendiri;

“Alahhh, semua yang bercinta memang la bergaduh kan? Lama-lama mesti okay balik”

Padahal ia sukar untuk dijangkakan. Hubungan yang sentiasa tidak stabil, sering bergaduh, malah seperti tidak kisah jika lelaki lain mahu berkawan dengan kekasih hatinya.



3. Percaya bahawa teman wanita akan berubah.

Lelaki ini masih percaya akan teman wanitanya. Percaya suatu hari nanti, pasti si dia akan berubah dan untuk mencuba memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Tetapi apa yang lelaki ini nampak, hanya dia sahaja yang berubah tetapi tidak teman wanitanya. Masih sama seperti dahulu, selepas minta maaf, masih lakukan kesilapan berulang kali.

4. Tidak berupaya mengaku bahawa hubungan telah berantakan.

Apabila teman wanitanya mengatakan “Kita okay kan? Kita ada masalah ke? Ke awak ada masalah dengan saya?”.

Dan lelaki ini menjawab “Eh, mesti lah okay, siapa cakap kita ada masalah? Saya masih sayangkan awak..”



5. Faktor perhubungan jarak jauh (PJJ).

Sebahagian daripada pasangan tidak duduk berdekatan dan jarang berjumpa. Ramai juga diantara mereka yang PJJ sering bergaduh, kerana kurang bertemu dan hubungi melalui telefon. Apabila ia menjadi semakin kurang berkomunikasi antara satu sama lain, tetapi masih dalam hubungan, hati siapa sahaja yang tidak sakit?

Dalam fikiran mereka, mungkin hubungan ini tidak menjadi hanya kerana PJJ.

Kesimpulannya, tidak kira apa jua alasan, jika merasakan hubungan anda seperti ada racun yang berbisa tetapi masih mahu bertahan, keluarlah daripada racun tersebut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen