Mengapa Mencintai Diri Sendiri Itu Lebih Penting Berbanding Mencintai Orang Lain?

Oleh: Zuzu Yasmine

Anda melihat cinta itu begitu indah dan sempurna, sebab itu anda lebih mendekati seseorang itu untuk melihat kelebihan dan kesempurnaan yang ada pada dirinya. Anda berharap seseorang yang menjalinkan hubungan dengan anda menerima segala-galanya mengenai anda. Hanya dengan beberapa perkara ini menyebabkan anda terlalu mudah untuk menjadi hamba cinta, sebab itu lah pentingnya mencintai diri sendiri dahulu berbanding mencintai orang lain. Mari ketahuinya.



1. Menjadi seorang yang jujur dan berani.

Apabila anda mencintai diri anda terlebih dahulu, anda akan menjadi seorang yang berani. Anda juga akan jujur dalam perhubungan tersebut. Anda jujur dan berani hanya kerana anda rasa diri anda berhak mendapatkan sesuatu yang baik. Jika hubungan tersebut baik untuk anda, anda akan dengan berani pertahankannya jika tidak anda akan jujur untuk melepaskannya.

2. Menerima kekurangan pasangan dengan hati yang terbuka.

Anda tahu setiap manusia yang telah diciptakan ini tidak sempurna dan mempunyai pelbagai jenis kekurangan. Jika anda mencintai diri anda terlebih dahulu, anda akan menerima kekurangan diri anda. Maka anda boleh menerima kekurangan pasangan anda dengan mudah tanpa mempertikaikannya.

3. Mencari pasangan demi menghilangkan kesunyian.

Setelah mencintai diri anda sendiri, anda tidak akan mudah untuk mencari pasangan hanya menghilangkan kesunyian anda tetapi anda akan mencari pasangan apabila anda sudah bersedia untuk berumah tangga. Bagi anda mencari pasangan untuk menghilangkan kesunyian adalah satu perkara yang membuang masa.


4. Akan menjadi seorang yang matang.

Untuk menjadi seseorang yang matang, anda perlu bermula dengan diri anda sendiri. Apabila anda mencintai diri anda, anda akan tahu yang mana baik dan tidak untuk kebahagiaan diri anda. Semua perkara anda akan lakukan lebih berhati-hati demi masa depan yang baik.

Jadi sebelum anda menyerahkan cinta anda kepada seseorang yang benar-benar terbaik untuk anda. Adalah lebih baik anda mencintai diri anda sedalam-dalamnya agar anda dapat menjauhi diri anda dari rasa sakit hati dan terluka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen