Dalam Diam Sebenarnya Anda Terseksa Mencintai Si Dia.

Apabila telah menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang yang anda sayang, perasaan bahagia serta gembira pasti akan terbit di dalam hati. Tetapi sekiranya hubungan yang telah terjalin terlalu lama, sehinggakan anda merasa ragu-ragu terhadap si dia. Anda perlu berfikir kembali, adakah anda tulus mencintai si dia? Atau sebenarnya anda terseksa.

Berkemungkinan anda di dalam hubungan toksik, dimana anda membiarkan diri anda bertahan walaupun terdapat banyak racun dan duri.

Jom ketahui, apakah buktinya anda dalam diam terseksa mencintai si dia?



1. Terlalu menurut kata-kata si dia.

Memang benar lelaki lebih dominan daripada wanita, tetapi tidak semua perkara anda perlu turut sahaja kata-kata si dia. Perintah si dia juga anda hanya menurut seperti pak sanggup dan tidak membantah. Di dalam hubungan, si dia sepatutnya menghormati juga pendapat dan pandangan anda sendiri.

2. Khuatir jika si dia memarahi anda.

Anda terlalu menurut kata-kata atau perintah si dia kerana, khuatir jika dimarahi oleh si dia. Apabila anda terlalu takut dengan kehadiran si dia, kesannya adalah, anda seperti menjadi orang lain. Anda tidak lagi menjadi diri anda sendiri. Anda menjadi insan seperti yang si dia inginkan.



3. Hanya ada si dia.

Semua perkara yang anda ingin lakukan, pasti ingin rujuk dahulu pada si dia. Dial ah yang menjadi keutamaan anda, dan tiada yang lain. Sahabat lain yang pernah menolong anda ketika masa dahulu juga, diabaikan. Anda lakukan kerana takut jika kehilangan si dia.

4. Pendapat si dia sahaja yang betul.

Semua pendapat dan pandangan anda pasti akan ditolak ketepi. Si dia tidak mahu mendengar pendapat anda, tetapi pendapat si dia sahaja yang betul sebaliknya. Walaupun begitu, anda akur, kerana terlalu menyayangi si dia.



5. Tiada sokongan daripada si dia.

Semua perkara yang anda lakukan, sudah pasti tidak mendapat sokongan daripadanya. Jika anda mahu sokongan, pasti si dia memberikan alasan bahawa anda mempunyai sokongan yang lain. Anda sudah besar dan tidak perlu sokongan daripada si dia.

6. Rela terluka.

Jadi, apabila kesemua bukti sudah diperjelaskan, anda sebenarnya rela terluka dan terseksa. Anda terlalu pasrah dengan hubungan cinta ini, kerana terlalu menyayangi si dia, walaupun si dia sikit pun tidak ambil kisah pasal anda.

Keluarlah dari kemelut cinta ini, bebaskan diri anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen