Kenali 5 Gaya Komunikasi Tidak Matang Yang Menjadi Punca Perpisahan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan tidak berada dalam keadaan yang baik? Namun apabila berhadapan dengan orang lain, anda dan pasangan anda berpura-pura bahagia? Masalah yang bagaimana melanda hubungan kalian? Adakah hubungan anda hanya satu kepura-puraan atau anda sememangnya mempunyai masalah komunikasi antara satu sama lain. Dalam hubungan ini, komunikasi yang matang adalah penting demi menjaga hati.



Berikut adalah komunikasi yang tidak matang yang mungkin anda sedang lakukan. Mari ketahuinya.

1. Kerap menyalahkan antara satu sama lain.

Apabila berlaku perselisihan faham antara kalian, penggunaan komunikasi yang matang adalah penting. Kalian seharusnya berbincang dengan baik tanpa mementingkan ego masing-masing. Dengan menyalahkan antara satu sama lain sebenarnya tidak akan membawa satu pengakhiran yang baik malah ia akan semakin memburukkan lagi perkara tersebut.

2. Kurang mendengar.

Dalam komunikasi yang matang, tidak boleh kedua-duanya saling bercakap antara satu sama lain. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan seorang bercakap dan seorang lagi memahami dan mendengar. Jika kedua-duanya bercakap siapa yang akan memahami dan mendengar punca masalah tersebut. Sudah tentu masing-masing sibuk hendak membela diri mereka.

3. Tidak bertindak balas dalam komunikasi.

Salah faham akan kerap berlaku di dalam sesebuah hubungan, maka komunikasi yang baik amat diperlukan di dalam perhubungan. Kalian harus saling berbincang dan bercakap, jangan sesekali cuba untuk mendiamkan diri dan mengendahkan pasangan. Jika anda dan pasangan sering mengasingkan diri, itu tanda hubungan anda tidak dapat diselamatkan lagi.

4. Menghina pasangan.

Tidak kira dalam bentuk jenaka mahupun menghina, anda dan pasangan tidak boleh saling merendahkan antara satu sama lain. Hubungan yang sihat seharusnya menunjukkan kualiti perbincangan yang baik bukannya membuat salah seorang terluka.


5. Saling menyakiti antara satu sama lain.

Demi kepentingan diri sendiri, anda tidak kisah sekiranya menyakiti pasangan anda. Anda lebih menumpukan hati anda berbanding pasangan anda. Sedangkan dalam hubungan yang baik, anda dan pasangan perlu menjaga hati antara satu sama lain. Jangan biarkan salah satu antara kalian terluka kerana kepentingn diri.

Tidak semua komunikasi yang baik tidak membawa kepada perpisahan, tetapi gaya komunikasi ini akan membantu anda merasai sedikit kemanisan dalam hubungan. Bukan itu sahaja, anda juga akan merasa lebih selesa tanpa melukakan dan terluka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen