Tidak Salah Untuk Cemburu Akan 5 Perkara Ini Demi Kepentingan Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa kata dalam hubungan tidak boleh anda perasaan cemburu? Perasaan cemburu ini penting demi memastikan hubungan kita berada dalam keadaan yang selamat. Tetapi yang tak bolehnya adalah perasaan cemburu yang berlebihan, hal ini kerana ia akan menimbulkan perasaan ragu-ragu serta fikiran yang negatif. Perasaan cemburu ini juga akan membuat setiap pasangan rasa di sayangi. Mari ketahui lima perkara yang anda boleh rasa cemburu.



1. Bekas kekasih mengganggu hubungan kalian.

Perkara paling utama yang patut anda cemburukan, iaitu bekas kekasih pasangan anda. Siapa yang suka jika kekasih lama pasangan cuba mengganggu hubungan kita. Bukan hanya rasa cemburu tetapi ditakuti jika pasangan kita termakan pujuk rayu dirinya hingga meninggalkan kita. Pasti kita akan terluka nanti.

2. Pasangan mengutamakan orang lain.

Sebagai seorang pasangan yang baik, sudah tentu lah harapkan perhatian daripada pasangan, tetapi jika pasangan lebih mengutamakan orang lain bagaimana? Sudah pasti akan timbul rasa cemburu. Anda juga ingin diutamakan sebab anda adalah pasangannya.

3. Pasangan seorang yang sibuk.

Sibuk dengan kerjaya tidak salah, tetapi ia menjadi satu kesalahan apabila telah mengabaikan pasangan. Sebagai pasangan kepada mereka yang kuat berkerja ini, anda sememangnya patut rasa cemburu tetapi jangan berlebihan pula ye.


4. Pasangan memuji orang lain.

Siapa yang tidak cemburu apabila pasangan mula memuji orang lain, sedangkan anda yang di depan mata tidak pernah dipuji. Ia bukan kerana anda mahukan pujian darinya tetapi anda mahukan dirinya memandang anda bukannya orang lain.

5. Pasangan menerima pendapat orang lain.

Apabila dirinya meminta pendapat anda dan anda memberinya pendapat yang baik tetapi dirinya lebih memilih pendapat orang lain. Anda berhak untuk cemburu tetapi anda kena fikir bahawa pendapat pihak lain itu lebih memberi faedah kepada dirinya. Jangan terlalu cepat salah sangka.

Tidak salah untuk rasa cemburu dan anda berhak untuk mencemburui beberapa hal tetapi jangan terlalu berlebihan. Anda perlu ingat cemburu yang berlebihan itu merimaskan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen