Jangan Rasa Bersalah Jika Anda Terlalu Clingy Dan Mengambil Berat Tentang Teman Lelaki.

Teman wanita yang terlalu clingy pasti merimaskan teman lelaki mereka. Terlalu mengambil berat dan sentiasa mahu bersama 24 jam. Jika tidak bertemu pasti mereka mahu sentiasa whatsapp bersama teman lelaki. Kelihatan seperti belangkas, walau pergi kemana sahaja, pasti sukar untuk berenggang.

Wanita sebegini sering menyalahkan diri sendiri kerana terlalu clingy sehingga mengakibatkan pergaduhan dengan teman lelaki mereka.



Jangan lah rasa bersalah, dan murung dengan sikap sendiri. Berkemungkinan teman lelaki akan menyatakan, perempuan lain atau bekas kekasihnya tidak pernah bersikap begini, mengapa anda terlalu manja dan mudah merengek? Tetapi apa yang mereka lakukan hanya menangis dan merajuk, bukannya melenting seperti wanita lain. Itu lah kelebihan wanita yang terlalu clingy.

HATI MEREKA SENSITIF…

1. Mereka mudah membalas whatsapp dengan pantas kerana tidak suka jika teman lelakinya menunggu balasan yang terlalu lama.

2. Mereka pasti ada masa untuk membalas mesej atau mengangkat call daripada teman lelakinya walaupun sibuk dengan kerja.



3. Mereka sentiasa berfikir apa sahaja tentang teman lelakinya terutama tentang keselamatan.

4. Jika mereka tahu teman lelakinya tidak curang, sudah pasti mereka tidak akan memikirkan ke arah itu kerana apa yang penting adalah hanya dia dan teman lelakinya.

5. Oleh kerana hati yang sensitif, ego mereka juga rendah. Mereka tidak pandai untuk menengking dan marah. Ketika dimarahi, mereka akan senyap dan menangis dalam diam.



ANDA TIDAK PATUT RASA BERSALAH DAN MENYALAHKAN DIRI SENDIRI KERANA APABILA ANDA DENGAN SI DIA BERJAUHAN…

1. Sebenarnya teman lelaki anda sentiasa memikirkan tentang anda...

2. Sebenarnya teman lelaki anda rindu dengan sikap clingy anda....

3. Mereka akan tercari-cari sumber untuk sentiasa menceriakan hatinya....

4. Hati mereka mulai kosong jika pasangan yang baru tidak dapat memberi apa yang anda telah berikan pada mereka....



5. Sikap anda yang terlalu mengambil berat, tiada pada wanita lain....

6. Apa yang mereka dapat adalah seorang wanita yang lebih ego daripada mereka, sering melawan, dan hanya mahu mengikuti perintah sahaja.

Jadi, sebagai wanita jangan terlalu menyalahkan diri sendiri oleh kerana sifat sebegini. Tidak semua wanita mampu merendahkan egonya hanya kerana bercinta. Sebahagian daripada wanita mahu teman lelaki menurut sahaja kata-kata mereka. Jika anda begini, pasti bertuah pasangan yang akan memiliki anda kelak.

Hanya lelaki yang bertuah sahaja mampu mendampingi anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen