2 Perkara Utama Yang Anda Lakukan Ini Menghalang Anda Untuk Bertemu Jodoh Dengan Cepat.

Sebagai muslim anda perlu tahu mengapa Allah SWT menghalang anda untuk bertemu jodoh mahupun rezeki. Jom ketahui kesilapan besar yang mungkin anda telah lakukan…

1. Menyekutukan Allah SWT.

Anda perlu tahu menyekutukan Allah hukumnya HARAM.  Allah tidak akan memberikan pertolongannya kepada orang yang suka berbuat syirik serta akan celaka dalam hidupnya. Walau kita sudah tahu hukumnya, namun kadangkala kita masih juga melakukan syirik secara tidak sengaja.



Seperti Allah SWT telah berfirman;

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Adz-Dzaariyaat: 56)

Menyekutukan Allah atau dengan kata lain syirik adalah salah satu dosa besar yang dilakukan oleh manusia. Cara untuk menghindarkan diri dari melakukan syirik adalag mendalami ilmu agama agar tahu batasan dan tidak terjerumus dalam perkara ini.

Bahayanya syirik ini kerana…

Orang yang berbuat syirik, tidak akan diampuni dan akan kekal berada di dalam neraka.



Mereka yang melakukan syirik ini juga haram untuk dinikahi seperti Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 221;

“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu….

Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu….

(Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).”

Pahala dan amal kebaikannya juga akan gugur kerana sebanyak manapun amal kebaikan kita, tidak akan tercatat dan akan dihapuskan sebelum kita bertaubat dari kesyirikan.



2. Derhaka pada kedua ibu bapa.

Selain daripada itu, perkara yang anda lakukan sehingga menghalang anda untuk bertemu jodoh adalah anda ingkar dengan kata-kata ibu bapa anda. Jadi Allah SWT telah mempersulitkan segala urusan anda termasuk untuk bertemu dengan jodoh.

Rasulullah SAW bersabda;

“Redha Allah bergantung pada keredhaan ibu bapa, sedangkan murka Allah bergantung pada kemurkaan kedua ibu bapa.” (H.R. Bukhari, Ibnu Hibban, Tirmizi, dan Hakim).

Jadi, bertaubat lah anda dan pohon kemaafan…

Allah SWT berfirman; "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.” (Nuh: 10)



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen