Kenapa Wanita Sukar Untuk Meninggalkan Kekasih Hati, Berbanding Lelaki Setelah Putus Cinta?

Lelaki akan cepat meninggalkan kekasih hati mereka, tetapi masih mahu kembali. Manakala wanita akan berfikiran panjang untuk meninggalkan kekasih, tetapi jika mereka sudah pergi, TIDAK AKAN KEMBALI. Malah tidak memberi peluang kedua pada bekas kekasihnya.



Kebiasaannya wanita lebih mudah memaafkan dan lebih banyak bersabar. Wanita adalah seorang yang tabah mengharungi rintangan hidupnya, dan kerana itu mereka lebih cepat matang berbanding lelaki. Oleh kerana itu, lelaki yang banyak mendiamkan diri sebenarnya tidak memikirkan solusi untuk menyelesaikan masalah atau pun konflik yang berlaku.

ANDA PERNAH MENGAMBIL TAHU TENTANG PERKARA INI?

Sejurus sahaja hubungan cinta terputus, lelaki cepat move on, tetapi sentiasa memikirkan hal bekas kekasih mereka.

Wanita pula lambat move on, tetapi sekiranya mereka sudah sembuh, sudah pasti tidak memikirkan hal bekas kekasih mereka kembali.

Ini terjadi kerana..



MEREKA SUDAH MENCAPAI HAD LIMIT DIMANA HATINYA TIDAK LAGI RAGU-RAGU.

Anda perlu tahu hati hati wanita ini sering berubah dan sentiasa meragui pasangan mereka. Mereka menyayangi pasangan tanpa had limit. Oleh kerana itu mereka seperti lambat move on daripada lelaki.

Dengan kata mudah, apabila mereka menyayangi seseorang lelaki, ia tiada had limit dan hanya lelaki itu sahaja seorang yang menjadi keutamaan dalam hidupnya. Manakala lelaki pula tau had limit mereka. Keluarga, kawan, kerjaya dan harta semuanya dibahagi sama rata.

Secara lahiriah dan saintifiknya, di dalam otak wanita mereka boleh memikirkan banyak perkara tanpa henti dan penat. Mereka sedaya upaya membuat semua perkara dalam satu masa. Mahu mencapai semuanya.



Lelaki pula, satu perkara, satu masa. Sudah capai target, mereka akan bergerak ke target seterusnya. Apabila mereka cepat meninggalkan kekasih mereka, mereka pilih untuk bertenang, fikir pula perkara yang lebih penting seperti kerjaya atau keluarga, kemudian fikir untuk kembali pada kekasih.

Manakala wanita, mahukan semuanya dalam masa serentak dimana ia sebenarnya serabut pada lelaki. Mereka mahu ungkapan maaf yang cepat, cepat memperbaiki masalah, cepat berfikir, segala-galanya perlu cepat dan menunjukkan wanita seperti tidak boleh bersabar terutamanya ketika bercinta.

Oleh kerana itu, apabila mereka telah fikir secara rasional dalam erti kata lain sembuh dari hati terluka, ia bermakna mereka telah mencapai limit dimana tidak memikirkan lagi hal kekasihnya. Apabila mereka telah capai tahap kesabaran tersebut, mereka tidak akan bertoleransi lagi dan terus berpisah.

Hatinya tiada lagi tempat untuk kekasih, dan minda wanita terhenti memikirkan tentang lelaki tersebut. Mereka teringat hanya kerana kenangan dan rindu, tetapi tidak bermaksud mereka mahukan hubungan itu kembali.



 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen