12 Sebab Mengapa Wanita Perlu Memilih Lelaki Yang Telah Bersedia Untuk Bertanggung Jawab Sebagai Suami.

Wahai wanita jangan lah anda MENCARI lelaki yang terlalu sempurna, tetapi PILIH lah lelaki yang telah bersedia untuk bertanggung jawab menjadi seorang suami kerana…

1. Lelaki ini telah bersedia untuk melangkah ke tahap seterusnya, bukan mencari keseronokan lagi.

2. Lelaki ini ada wawasan dan masa hadapan berada di dalam genggamannya.



3. Lelaki ini sibuk mencari hubungan cinta sejati, dan bukannya hubungan teman tapi mesra. Malah jangan lah mendekati lelaki yang sering ungkap kata cinta, tetapi tindakannya tidak ke arah pernikahan.

4. Lelaki ini sudah membuang segala memori tentang bekas kekasih mereka.

5. Lelaki ini tidak lagi mensia-siakan hidupnya dengan melayari sosial media 24 jam.

6. Lelaki ini sanggup mengorbankan zaman bujangnya dengan segala ilmu tentang perkahwinan kerana mereka tahu alam perkahwinan adalah sukar bagi seorang lelaki.



7. Lelaki ini ada perancangan dari semua aspek dalam kehidupannya sama ada untuk masa sekarang dan juga masa hadapan.

8. Lelaki ini bakal mempunyai matlamat hidup yang sama dengan anda, iaitu untuk menghalalkan hubungan. Bukannya ‘couple’ untuk duniawi semata-mata.

Anda tidak perlu lagi untuk meyakinkan mereka bahawa anda lah wanita yang mereka cari. Anda tidak lagi bersusah payah untuk membuat lelaki ini sedar betapa pentingnya hubungan kalian, kerana mereka sendiri dahulu yang mempunyai kesedaran tersebut.

9. Lelaki ini teruja untuk memperkenalkan anda pada ahli keluarganya, dan bukannya teruja membawa anda ‘dating’ tanpa arah tujuan.



10. Lelaki ini teruja memperkenalkan anda sebagai kepunyaannya atau bakal isteri, dan bukannya teruja berpegang tangan tetapi teman tapi mesra atau skandal sahaja.

11. Lelaki ini mahukan hubungan yang kekal sehingga selamanya, dan bukan dalam jangka masa yang pendek.

12. Lelaki ini mahu bernikah kerana Ilahi, dan bukannya bernikah kerana menurut hawa nafsu semata-mata.

Jika anda bertemu dengan lelaki sebegini, anda bertuah kerana lelaki ini adalah seorang lelaki dewasa dan bertanggung jawab. Mereka sedar mereka tidak sempurna, tetapi mencuba untuk belajar dari kesilapan dan berubah.



 

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen