Kriteria Lelaki Yang Dapat Berdamping Dengan Wanita Baik Menurut Islam.

Sebagai muslim, untuk menjemput jodoh yang baik, agama adalah kriteria utama untuk dilihat. Allah SWT telah berfirman;

“Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu….” (Al-Baqarah: 221)

1. Taat beragama.

Seorang wanita yang baik selayaknya dinikahkan dengan lelaki yang taat beragama dan baik akhlaknya. Taat beragama bermaksud menjalankan perintah dan jauhi larangan Allah SWT, di samping baik akhlak dan perilakunya.

2. Menjauhi maksiat.

Seorang lelaki yang sedaya upaya untuk menjauhi maksiat akan bertanggungjawab mencuba menghalang keluarganya daripada melakukan dosa dan perkara yang menghapuskan amal ibadah. Ia akan dihindarkan dari siksaan neraka yang begitu pedih.

3. Kuat semangat jihadnya.

Lelaki ini sedaya upaya mempertahankan agamanya sendiri berserta dengan ahli keluarganya. Lelaki ini juga mampu membimbing wanita agar terus teguh berada di jalan Islam serta semangat menjalankan perintah Allah SWT.

“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya” (At-Tuur 52:21)

4. Mempunyai keluarga yang baik.

Wanita juga perlu memilih lelaki yang berasal dari keluarga yang baik supaya dapat melahirkan zuriat yang berketurunan oleh dan solehah. Baik yang bermaksud mempunyai agama dan akhlak yang terjaga.



5. Taat kepada ibu bapa.

Dan yang paling penting adalah lelaki yang taat pada kedua ibu bapanya. Jika ingin berjumpa jodoh yang baik, maka carilah seseorang yang taat kepada orang tuanya.

Seperti dijelaskan dalam hadith Rasulullah SAW;

“Dari Mu’awiyah bin Jahimah, sesungguhnya Jahimah berkata: “Saya datang kepada Nabi SAW untuk meminta izin kepada beliau pergi berjihad.

Namun Nabi SAW bertanya: “Apakah kamu masih punya Ibu-Bapa (yang tidak mampu mengurus dirinya)?”.

Saya menjawab: “Masih”.

Beliau bersabda: “Uruslah mereka, kerana syurga ada di bawah telapak kaki mereka.”” (H.R. Thabarani, adapun ini adalah hadits Hasan (baik).

Dan juga…

Dari Ibnu Umar RA, ujarnya: Rasulullah SAW bersabda:

“Berbaktilah kepada orang tua kamu, nescaya kelak anak-anak berbakti kepada kamu ; dan periharalah kehormatan (isteri-isteri orang), nescaya kehormatan isteri-isteri kamu terpelihara.”” (H.R. Thabarani, adapun ini adalah hadits Hasan).



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen