3 Faktor Wanita Mudah Menangis, Dan Situasi Yang Menyebabkan Mereka Menangis Setelah Bergelar Isteri.

Secara lahiriah, hormon dalam badan wanita yang menyebabkan mereka ini lebih beremosi berbanding lelaki. Hormon estrogen adalah hormon utama pada badan wanita yang menentukan emosi mereka. Malah ia juga amat mempengaruhi kestabilan mood wanita.



1. Ia memang fitrah sebagai seorang ibu.

Untuk menjadi ibu kepada anak-anak kelak, ia sememangnya fitrah yang dijadikan oleh Allah SWT kepada semua wanita. Ini kerana fitrah seorang ibu adalah dengan memiliki rasa cinta dan kasih sayang yang lebih pada anak, disamping sentiasa menjaga anak apabila bapa bekerja mencari rezeki.

Walaubagaimana pun, dengan mengikut peredaran masa, isteri yang keluar bekerja manakala suami menjadi suri rumah membuatkan anak-anak lebih meluangkan masa dengan bapa. Kadang-kala ia mengusik jiwa mereka, jika anak-anak lebih gemar bersama bapa. Terlebih emosional.

2. Ia memang fitrah sebagai isteri.

Apabila menjalani tugas sebagai seorang isteri, wanita menjadi lebih tertekan dan mudah penat. Oleh sebab itu para suami sering melihat mengapa isterinya menangis secara tiba-tiba. Ia adalah disebabkan memang fitrah wanita semasa menjadi seorang isteri, situasi seperti…



Takut kehilangan suaminya…

Menangis mengimbau kenangan ketika suami lebih romantik di awal perkahwinan…

Menangis jika suaminya terlupa tarikh-tarikh penting…

Menangis ketika suaminya tidak jujur…

Menangis kerana terlalu penat menguruskan hal rumah tangga…

3. Kerana Premenstrual Syndrome (PMS).

Setiap bulan wanita juga akan mula tertekan dan mudah menangis sebelum mengalami haid. Secara tepatnya seminggu sebelum kitaran haid bermula. Ketika ini wanita akan berasa amat letih, tiada mood, sakit kepala (migrain) dan sukar untuk fokus.

Kesimpulannya ia memang lumrah wanita yang memiliki kekuatan pada perasaan. Peka terhadap perasaan. Di dalam otak wanita, ia berisi segala memori, ingatan dan perasaan-perasaan tertentu. Manakala lelaki pula lebih banyak berfikir tentang perkara yang berkaitan dengan logik, rasional dan fakta, tetapi lelaki lemah untuk memahami perasaan wanita.

Jadi, tiada istilah lelaki lebih tinggi dari wanita dan sebaliknya, kerana  dengan perbezaan inilah untuk pasangan itu saling melengkapi. Setiap kekuatan pasti ada kelemahan. Setiap kekurangan pasti ada kelebihan. Semua yang Allah ciptakan berdasarkan hukum keseimbangan dan siapa yang paling bertakwa itulah yang berdarjat tinggi juga mulia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen