Tanda-Tanda Si Dia Seorang Yang Menghargai Wanita, Mari Kenalinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Banyak wanita yang tidak tahu adakah pasangan mereka ini seseorang yang tahu menghargai wanita ataupun tidak? Wanita biasanya mempunyai keinginan untuk memilih pasangan yang mampu menjaga hati mereka dengan baik tetapi mereka ini tidak tahu bagaimana untuk mengenali lelaki yang mempunyai sifat sebegini. Berikut adalah lima tanda bahawa si dia menghargai wanita.



1. Minta pendapat anda.

Dia menghormati anda sebagai isterinya, dia menyedari bahawa apa yang dia pilih, akan mempengaruhi isi rumahnya, jadi dia harus meminta pendapat anda, untuk dipertimbangkan. Walaupun pada akhirnya, dia sendiri akan membuat keputusan. Namun anda masih lagi menjadi orang yang terpenting dan memberi pengaruh dalam membuat keputusan.

2. Memberi sokongan.

Jika anda mengenalinya ketika anda tidak tahu memasak atau tidak mahir akan sesuatu perkara, tetapi dia tidak memerlekehkan anda tetapi dia memberi semangat untuk anda melakukan perkara itu sehingga berjaya, itu bermakna dirinya sedang menghargai diri anda seadanya.

3. Berikan ruang untuk diri anda sendiri.

Ketika anda menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang menghargai seorang wanita mereka ini akan memahami akan ruang untuk hal peribadi anda. Hal ini kerana, sebagai manusia kita masih perlu waktu untuk berkumpul dengan keluarga, sahabat, bahkan bersendirian untuk menikmati kehidupan sebagai seorang manusia yang bebas.


4. Mudah untuk memohon maaf.

Ramai wanita menyatakan bahawa lelaki agak sukar untuk mengaku salah dan memohon maaf, tetapi jika seorang lelaki itu mudah untuk memohon maaf, ia bermakna dirinya menghargai pasangannya. Hal ini kerana, dia tahu kata maaf itu mampu menyejukkan pasangannya yang sedang panas.

5. Mengucapkan terima kasih.

Jika dia mudah mengucapkan terima kasih dalam segala hal yang telah anda lakukan untuk dirinya, itu bermakna dirinya sangat menghargai diri anda. Hal ini kerana, dia tahu bahawa anda akan melakukan pelbagai pengorbanan untuk melakukan sesuatu perkara untuk dirinya.

Jika anda mempunyai pasangan seperti ini, ia sangat beruntung. Hal ini kerana, anda akan lebih bahagia dan jauh dari rasa sakit hati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen