4 Perkara Yang Nampak Biasa Tetapi Membahagiakan Wanita Selepas Berkahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai wanita yang yakin dengan diri mereka untuk berkahwin walaupun dalam usia yang muda. Bagi wanita yang mempunyai niat untuk berkahwin ini, mereka mengetahui dan mengharapkan kehidupan mereka selepas mendirikan rumah tangga anda lebih bahagia serta diberkati. Bukan hanya itu sahaja, mereka juga mengharapkan mampu melahirkan cahaya mata dari sebagai satu tanda percintaan mereka. Namun bukan itu yang membuat mereka bahagia, terdapat perkara lain yang membuat dirinya bahagia. Mari ketahuinya.



1. Mereka tahu apa yang mereka akan fokuskan.

Kehidupan seorang wanita tidak akan hanya habis dengan sosial media pada waktu malam. Mereka tahu, pada waktu mereka melelapkan mata, mereka telah melakukan yang terbaik yang membuat pasangannya bahagia. Mereka juga tahu, kebahagiaan suaminya adalah satu perkara yang akan difokuskan.

2. Semakin erat dengan pasangan.

Jika sebelum berkahwin dahulu dirinya perlu menjaga batas-batas pergaulan dirinya. Kini tidak lagi, dirinya tahu bahawa kini dia semakin erat dengan pasangan kerana telah berkongsi satu ruang yang kecil bersama-sama. Bukan itu sahaja, mereka juga melihat orang yang mereka cintai sebelum dan selepas menutup mata setiap hari.

3. Kurang mendengar perkara negatif.

Seorang wanita mudah mendapat fitnah yang akan membuat maruahnya tercalar, namun selepas dirinya berkahwin dia tahu bahawa dia sedang berada di bawah pelindungan seseorang yang mencintai dirinya. Dia tahu bahawa suaminya akan melindunginya dari segala perkara yang negatif itu.


4. Terima kekurangan.

Setiap orang akan berasa takut sekiranya kekurangan dirinya tidak akan diterima oleh sesiapa. Namun, jika dirinya sudah berkahwin sudah pasti suaminya adalah orang yang akan menerima segala kekurangan yang anda. Maka dengan itu dia merasa bahagia.

Ia mungkin kelihatan satu perkara yang biasa di mata mereka yang belum berkahwin, namun ia adalah satu hal yang membahagiakan bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen