7 Rahsia Agar Selalu Bahagia Dan Mesra Bersama Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa hubungan sudah tidak semanis waktu bercinta dahulu? Mungkin anda perlu perubahan dalam hubungan anda. Mungkin juga anda, perlukan satu yang baru? Tapi mungkin anda perlu lakukan beberapa perkara agar hubungan anda dan pasangan akan semakin mesra dan erat. Jom ketahuinya.



1. Cuba panggil pasangan anda dengan satu panggilan mesra yang akan membuat pasangan anda sedap mendengarnya. Biasanya apabila telah lama berkahwin ini, panggil untuk isteri atau suami juga sudah berubah.

2. Satu pujian yang indah mampu memberikan senyuman kepada pasangan anda. Apabila mendapat senyuman yang bahagia, maka pasangan anda akan kelihatan lebih bersemangat. Dan hubungan pula pasti akan semakin membaik.

3. Jangan malas untuk hulurkan bantuan kepada pasangan anda. Mungkin ia kelihatan satu hal yang remeh tetapi ia dapat mengeratkan hubungan anda. Mana tidaknya anda sedang meringankan beban pasangan anda, pasti lah ia bahagia.

4. Kejutan tidak hanya perlu ada pada waktu yang penting-penting sahaja, sedangkan kejutan akan lebih bermakna apabila ia dilakukan pada hari biasanya. Sudah pasti pasangan akan merasakan anda lebih menghargai dirinya.


5. Hubungan pasti akan sangat membosankan sekiranya tiada gurau senda. Maka tidak salah anda dan pasangan saling bergurau yang menyenangkan, bukan yang menyakiti dengan kata-kata yang agak kasar.

6. Tahukah anda komunikasi yang baik mampu mengeratkan satu hubungan? Satu komunikasi yang ringkas dapat meredakan satu beban yang terbuku di hati.

7. Jangan pernah timbulkan rasa curiga di hati pasangan anda. Cuba untuk sentiasa berlaku jujur agar dirinya mempercayai anda bahawa anda sangat menyayangi dirinya.

Ia adalah satu perkara yang mudah untuk bermesra dan menjalinkan hubungan yang bahagia dengan pasangan. Tetapi tidak semua orang boleh melakukannya setelah menjalinkan satu hubungan yang lama.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen