Ini Dia Bahan Perbualan Bagi Pasangan Yang Sedang Bahagia, Anda Pun Seperti Ini?

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika sedang bahagia pasti banyak perkara yang akan anda kongsikan bersama pasangan anda. Ketika itu, tiada lagi rasa malu yang anda ingin sembunyikan daripada dirinya. Bukan itu sahaja, pasti ramai akan tertanya-tanya apa perkara yang akan kerap kali menjadi perbualan bagi mereka yang bahagia ini? Mari ketahuinya.



1. Bukan kenangan dengan bekas kekasih masing-masing tetapi lebih membicarakan kenangan mereka di masa lampau. Seperti bagaimana pertama kali mereka bertemu, bagaimana pertama kali mereka jatuh cinta satu sama lain serta satu hal yang memalukan ketika permulaan hubungan dahulu.

2. Menceritakan masa kecil pada pasangan adalah salah satu bahan bualan yang paling menyenangkan. Saat anda mula menceritakan bahagian hidup yang anda lalui dengan pasangan, saat itu juga pasangan anda akan merasa special karena boleh mendengar bagaimana kamu saat zaman kanak-kanak dahulu.

3. Pasangan yang bahagia akan kerap kali akan menceritakan satu perkara yang memalukan antara satu sama lain. Ia bukan untuk memalukan pasangan tersebut tetapi untuk menjadikan bahan untuk kedua-duanya ketawa bersama-sama.


4. Setiap pasangan pasti akan membicarakan hal yang mereka impikan pada masa akan datang. Ia bagaikan satu impian yang ingin dibina bersama-sama dengan pasangan. Bukan hanya itu sahaja, ia juga menjadi salah satu matlamat dalam hubungan mereka.

5. Tidak mudah untuk pasangan mengakui kelebihan dan kekurangan kekasih hati mereka namun, mereka ini lakukannya. Ia adalah satu hal untuk pasangan perbaiki dan bangga akan perkara itu.

6. Bukan hanya membicarakan hal berat yang membosankan, mereka juga senang membicarakan hal-hal kecil. Hal-hal kecil ini akan membuat antara pasangan ini bahagia kerana memiliki antara satu sama lain.

7. Mereka ini adalah pasangan debat yang membahagiakan. Di mana mereka akan membincangkan mengenai politik, kewangan ataupun rutin harian namun, tidak pernah menjadikannya satu hal yang sangat serius.

Jika anda tidak tahu bahan perbualan apa yang perlu akan lakukan bersama pasangan, mungkin anda boleh ikuti perkara tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen