“Awak, Sayang Saya Tak…?” Tak Guna Sayang Sahaja, Jika Tak Serius Nak Kahwin.

Kepada yang bercinta jangan terlalu hidup dalam fantasi. Anda harus berbincang tentang kehidupan setelah berkahwin. Jom ikuti tips dari Amir Syahir ini…

Masa bercinta tu jangan duk asyik ajak berdating je tau. Jangan asyik duk tanya sayang banyak mana, jangan duk bincang nak anak berapa, nak letak nama apa je. Pasal kewangan keluarga selepas kahwin taknak bincang langsung.



Kehidupan selepas berkahwin pun kena bincang jugak. Zaman sekarang semua nak guna duit. Perlu ada simpanan wang juga tau.

Korang dah ada simpanan untuk memulakan kehidupan baru selepas kahwin?

Ni anggaran kos untuk orang yang baru kahwin biasanya:

1. Sewa Rumah

Masa bujang boleh la sewa bilik. Bila dah kahwin, mesti kena sewa satu rumah kan. Katakan kau menyewa rumah flat buat sementara. Takkan terus nak sewa banglo ataupun kondo pulak.

Katakan satu rumah berharga RM700 sebulan. Deposit dua bulan RM1400. Pastu bil air letrik tuan rumah nak deposit RM200.

Jadi jumlah rumah sewa RM700+RM1400+RM200=RM2300



2. Perabot dan Pekakas Elektrik

Katakan kau dapat rumah sewa tadi, rumah kosong. Jadi, kau kena beli perabot asas dan juga pekakas elektrik.

Anggaran harganya;

  1. Peti Sejuk= RM600
  2. Mesin Basuh= RM500
  3. Tilam= RM150
  4. Dapur= RM100
  5. Tong gas= RM100
  6. Almari= RM100

Jumlah=RM1450



Kalau nak jimat lagi, boleh beli perabot yang terpakai/secondhand. Meja makan, sofa tak perlu lagi lah. Kalau isteri kau power masak, makan bersila pun sedap jugak.

Anggaran jumlah kasar= RM3750✔

Anggaran je tu. Kalau campur barang-barang dapur, barang-barang lain macam rak kasut, periuk nasi, lesung batu lah, lebih lagi kosnya. Pandai-pandai kau la fikir.

Jadi, mulakan lah menyimpan. Pastikan kau ada simpanan empat ribu lebih kurang untuk memulakan hidup baru bila berumah tangga.

Kalau kau nak buat pinjaman peribadi pun, tinggal kan sikit empat, lima ribu untuk kos mulakan kehidupan baru selepas kahwin tu. Jangan terus habiskan buat pergi honeymoon pulak. Nanti ada yang terpaksa buat pinjaman peribadi lagi.

Lagi elok kalau kau dah sediakan siap-siap masa bujang. Daripada duk modified kereta je kan, baik simpan dulu untuk memulakan alam rumah tangga.

Kalau bersama-sama nak susah senang lagi bagus. Si isteri cantik jelita mesti faham. Bersama-sama kongsi bayar pun bagus juga. Rancanglah sebaik yang mungkin. Semoga manfaat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen