Ciri-Ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dilepaskan Zaman Sekarang. Masih Wujud Lagikah Lelaki Seperti Ini?

Zaman sekarang, sebagai anak muda terlalu banyak trend yang mereka mudah terpengaruh dan menjadi ikutan ramai. Termasuklah ingin mencari pasangan, terutama gadis yang mencari lelaki ciri-ciri ‘boyfriend material’, kemudian ‘relationship goals’, malah mahukan ‘husband material’ pula. Macam-macam ragam anak muda zaman sekarang.



Jika pegangan agama sudah ada, jangan lah lepaskan lelaki seperti ini…

1. Tidak mengangungkan kereta.

Lelaki dengan kereta pasti tidak boleh dipisahkan. Pasti ada sahaja barang baru yang mahu ditukar. Setiap bulan pasti ada sahaja yang tukar spoiler, sportrim, cat kereta. Pelik juga setiap bulan mesti masuk bengkel, bukan?

Jika teman lelaki anda tidak seperti ini, pasti mereka mahu menyimpan wang.

2. Lebih rela memakai barang secondhand dan bundle.

Lelaki ini tidak berminat pada barang yang berjenama. Semua barang yang diguna dan dipakai pasti barang second hand, tetapi masih elok terjaga. Malah kereta dan motornya juga second hand. Wah, jimat betul ni!



3. Tidak merokok.

Masih ada lagikah lelaki yang tidak merokok zaman sekarang? Jika tidak merokok, pasti hisap vape pula. Sekarang ini bukan kesihatan juga harus dijaga, duit juga perlu disimpan. Senang nanti untuk masa hadapan.

4. Telefon bimbit murah.

Anda melihat telefon bimbitnya sahaja berbeza berbanding dengan lelaki yang lain. Telefon bimbitnya juga tidak canggih, asalkan boleh menghubungi anda, ada aplikasi whatsapp sudah mencukupi. Ada kamera untuk mengambil gambar anda juga memadai.

5. Tidak suka lepak cafe hipster.

Café hipster ini apa maksudnya? Teh ais yang hanya RM2.50, tetapi di sini harganya RM8 hingga ke RM10. Lempeng yang murah, tiba-tiba jadi mahal, padahal mudah sahaja untuk masak sendiri. Malah lelaki ini lebih gemar masak daripada membazir membeli makanan di luar.



6. Banyak membaca buku tentang pengurusan kewangan dan hartanah.

Lelaki zaman sekarang tidak ramai yang suka membaca, lebih-lebih lagi tentang pengurusan kewangan dan hartanah. Jika anda terjumpa lelaki sebegini, berkawan lah dengan mereka lebih rapat. Kenali mereka dengan lebih mendalam. Jarang nak jumpa dengan lelaki sebegini.

7. Ada pelaburan terjamin.

Dan yang paling penting, dengan keadaan ekonomi zaman sekarang, lelaki ini bijak membuat pelaburan. Dan mempunyai pelaburan yang terjamin, anda juga tidak was-was dengan pelaburan tersebut. Sekiranya lelaki ini mempunyai rumah dan sewa daripada ibu ayahnya juga terjamin hidupnya. Tidak perlu serabut mencari rumah lain setelah berkahwin nanti.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen