Awas Wanita, Jangan Dekati Lelaki Yang Mempunyai 5 Ciri Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang wanita, kita pastinya mahukan seorang suami atau pasangan yang akan melindungi diri kita. Bukan hanya menjadi tempat berlindung, pasangan kita adalah seorang yang memberikan layanan yang baik serta seseorang yang memahami tingkah laku kita. Jika seorang wanita tersalah memilih pasangan hidup, ia akan memberi kesan yang mendalam dalam hidupnya. Maka dengan itu, seorang wanita perlu menjauhi 5 lelaki ini.



1. Seseorang yang mempunyai emosi tidak stabil.

Seseorang yang mempunyai emosi yang tidak stabil akan mudah berubah pada bila-bila masa sahaja. Mereka ini akan berubah mengikut persekitaran mereka. Jika ia rasakan persekitaran itu tidak selesa baginya, maka ia akan berubah emosinya. Jika anda melihat pasangan anda mudah marah tidak tentu pasal ataupun mudah murung, maka berhati-hati. Ia mungkin akan menyakiti anda.

2. Penagih dadah.

Jika pasangan anda seorang penagih dadah, meminum arak, serta melakukan seks rambang, adakah dia sesuai untuk dijadikan sebagai calon suami? Sudah tentu tidak. Maka dengan itu, jika anda mengenali mereka seperti ini maka lebih elok jika anda menjauhkan diri anda dengannya. Walaupun ia menjanjikan perkara yang baik untuk anda selepas kalian berkahwin, ia mungkin hanya satu janji yang palsu.

3. Suka berbohong.

Lelaki yang suka berbohong ini juga perlu dijauhi. Hal ini kerana, mereka ini mampu memanipulasi sesebuah keadaan dan cerita yang akan menyebabkan orang di sekeliling anda memandang seorang terhadap anda. Dalam hubungan ini, kejujuran dan kebenaran itu penting untuk mengelakkan salah faham timbul hingga menyebabkan pergaduhan.


4. Seorang yang suka berahsia.

Sikap keterbukaan dalam hubungan ini teramatlah penting, mana tidaknya jika terlalu banyak rahsia ia akan membuat hubungan renggang. Pasangan juga akan tertanya-tanya apa yang berlaku. Jadi buat apa nak mempunyai hubungan jika suka berahsia.

5. Suka berjudi.

Permainan judi adalah satu ketagihan yang tidak mampu dikawal. Ia juga sama dengan seorang penagih dadah. Apabila satu perkara tersebut tidak dituruti ia mungkin akan bertindak ganas sehingga akan melukakan anda. Sebab itu anda perlu menjauhkan diri dengan mereka ini.

Jangan kerana anda terlalu ingin untuk memiliki suami atau berumah tangga sehingga anda mudah percaya dengan kata-kata serta janji-janji palsu lelaki. Demi kebahagiaan anda, anda seharusnya lebih berhati-hati dalam mencari pasangan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen