Jom Lihat Perubahan Sikap Lelaki Ketika Bercinta Dengan Selepas Berkahwin, Adakah Benar?

Sebelum berkahwin terlalu mesra, pijak semut pun tak mati. Bersungguh-sungguh mengejar anak dara kerana ingin memiliki mereka, dan sanggup lakukan apa sahaja. Memang benar untuk membina rumah tangga, tidak semudah yang dibayangkan, tetapi mengapa selepas berkahwin begitu mudah kemesraan itu hilang?



ADAKAH BERCINTA HANYA KERANA MAHU MEMILIKI SAHAJA?

Jom lihat antara situasi dengan perubahan lelaki ketika bercinta dan selepas berkahwin…

1. Semasa bercinta, sejuta kali mengucapkan I Love You.

Selepas berkahwin, sehari sekali pun sukar untuk mengungkapkan kata cinta itu. Ketika bercinta sering sahaja memberi hadiah kepada kekasih, menyambut ulang tahun percintaan, malah tidak lupa tarikh hari jadi mereka. Tetapi selepas berkahwin, kerana terlalu banyak komitmen, hari jadi isteri pun tak ingat. Apatah lagi dengan memberi hadiah.

2. Semasa bercinta asyik berpegang tangan walaupun belum ada ikatan yang sah.

Tetapi selepas berkahwin isteri dtinggalkan di belakang. Isteri panggil pun buat tidak tahu, terutama pada mereka yang telah memiliki anak yang ramai. Dibiarkan sahaja isteri dengan anak-anak. Lelaki jalan ke depan sambil melihat telefon bimbit.



3. Semasa bercinta jika teman wanita merajuk, cepat sahaja dipujuk.

Tetapi selepas berkahwin isteri merajuk, dibiarkan sahaja. Malah suruh pujuk diri sendiri, sebab penat baru pulang dari kerja.

4. Semasa bercinta jika dating naik motor, sanggup pakaikan helmet untuk teman wanita.

Tetapi selepas berkahwin, suruh pakai sendiri pula. Kemudia asyik cakap “Eh, tangan awak tak patah lagi kan? Pakai lah sendiri” Pedihnya hati isteri mendengar.

Kalau naik kereta, pandai pula buat pick-up line

“Apa beza awak dengan jumper kereta?”

“Tak tau la sayang…”

“Jumper kereta untuk hidupkan kereta lah, tapi awak hidupkan hari-hari saya….”

Selepas berkahwin, dah tak dengar langsung pick up line.



5. Semasa bercinta sentiasa ada masa untuk teman wanita mengadu.

Tetapi selepas berkahwin, isteri mengadu sikit dah malas nak layan. Isteri mengadu sakit kepala, “Tu ada panadol dalam peti ais, ambik lah…” siap membebel pada isteri, kenapa sering sangat sakit kepala.

6. Semasa bercinta teman wanita mahu makan apa sahaja pasti pantas membeli.

Tetapi setelah berkahwin isteri nak makan roti canai, tiba-tiba cakap mamak dah tutup malam ni. “Awak masak je lah roti bakar ke…”, “Kenapa mengada-ngada sangat awak malam ni?”

7. Semasa bercinta sanggup menunggu teman wanita bersiap.

Tetapi selepas berkahwin, 5 minit seperti 5 tahun menunggu isteri bersiap. Terutama apabila telah mempunyai anak, sudah pasti isteri penat menyiapkan anak-anak bukan?

Jika benar lelaki bersikap begini dan mudah berubah, jangan salahkan wanita zaman sekarang lebih selesa hidup membujang.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen