“Lelaki Yang Baik Tak Ramai Zaman Sekarang, Sebab Tu Pilih Suami Orang…” Jom Baca Nasihat Ini.

Terlalu banyak kes curang yang telah terjadi pada masa kini. Jika ia dibiarkan, terlalu mudah untuk wanita-wanita yang bujang menumpang kasih pada suami orang. Tidak kisah menumpang kasih dan sanggup bermadu. Katanya lelaki sudah tidak ramai zaman sekarang. Lelaki bujang yang baik tidak ramai zaman sekarang.

Namun sedemikian sebagai umat islam, hayatilah nasihat ini. Sama ada untuk yang mahu curang, suami isteri mahupun ahli keluarga…



1. Dalam perkahwinan mahupun dugaan ketika bertunang, mencari orang yang ketiga bukan lah jalan penyelesaian yang tepat. Tetapi ia menambahkan lagi masalah di dalam hubungan kalian berdua. Jika pasangan membuat silap, betulkan kesilapan itu, bukan mengadu pada pihak ketiga.

2. Perkara sebegini terjadi oleh kerana wanita bujang yang terdesak untuk berkahwin, kerana trend atau terlalu sunyi oleh sebab ramai kawan yang sudah berkahwin. Jadi, mereka seperti tidak kisah untuk berkahwin dengan suami orang. INGAT! Wanita yang baik tidak akan mengambil kesempatan di atas kesulitan rumah tangga orang lain.

3. Sebagai orang tua atau ibu bapa, nasihatkan lah anak-anak perempuan mahupun adik-beradik perempuan untuk tidak membina mahligai perkahwinan di atas deraian air mata si isteri pertama. Nasihat lah dengan cara yang betul, jangan lah dengan mengatakan “Dah jodoh, nak buat macam mana..”

4. Sebagai seorang isteri belajar lah memasak, jangan mengharap orang gaji, mak sendiri atau mak mertua yang menjaga makan minum suami anda. Jika ada wanita bujang lain yang lebih pandai memasak, lebih pandai menjaga perut suami anda, pasti mereka ini mahu mencucuk jarum. Kita tidak tahu hati dan perasaan manusia.



5. Sebagai seorang suami pula, jangan lah melayan isteri seperti mereka ini tidak wujud. Jika mereka mahu mengadu, meluahkan perasaan dan berbincang sesuatu perkara. DENGAR! Jangan hadap telefon bimbit sahaja sehingga tidak fikir hati dan perasaan si isteri.

6. Sebagai seorang suami, anda perlu tahu had kesabaran seorang wanita. Jika lelaki mempunyai masalah, mereka berdiam diri kemudian mencari kembali pasangannya. Tetapi tidak bagi wanita. Apabila mereka diam, mereka telah tawar hati! Jika dibiarkan lama-lama sehingga mahu bercerai.

7. Ahli keluarga pula terutamanya ibu bapa perlu lah memberi contoh yang terbaik pada anak-anak. Jangan pula jadi batu api supaya mereka bercerai, dan suruh mencari pasangan yang lebih sempurna. Mahu melihat anak-anak bahagia? Atau melihat rumah tangga mereka porak peranda oleh pihak ketiga yang anda kenalkan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen