3 Alasan Lelaki Tidak Memuat Naik Gambar Teman Wanitanya Di Media Sosialnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anda pasti pernah melihat teman lelaki orang lain kerap kali memuat naik gambar kekasihnya di ruang media sosialnya bukan? Pasti akan ada perasaan cemburu kerana teman lelaki anda tidak melakukan perkara yang sama. Tahukan anda media sosial ini adalah penyumbang kepada perpisahan satu hubungan? Ia bagus untuk mengetahui isu semasa dan penambahan ilmu tetapi ia tidak bagus untuk satu hubungan. Mungkin pasangan anda menggunakan tiga alasan ini untuk tidak menayang gambar anda di laman sosialnya.



1. Hormati maruah anda.

Pernahkan anda lihat pasangan yang menunjukkan kemesraan mereka itu menjadi buah mulut orang? Itu lah pasangan anda tidak mahu lakukan pada anda. Pasangan anda sedang memikirkan maruah anda. Dia ingin menjaga maruah anda agar tidak menjadi bahan bualan orang lain. Bagaimana kalau mereka sudah menayang anda dan tiba-tiba kalian tidak jadi untuk berkahwin, pasti ia akan memberi kesan kepada anda. Kerana dirinya sayang akan anda, dirinya menahan diri untuk melakukan itu walaupun dia mahu saja memberitahu kepada semua orang bahawa anda adalah pasangnnya.

2. Merasakan bahagia itu lebih sifat peribadi.

Bagi orang lelaki satu kebahagiaan itu tidak perlu untuk ditunjuk, ia adalah lebih elok untuk dirasai dan dinikmati. Jika terlalu menunjuk, ia akan menjadi terlalu mudah terdedah sehingga mendatangkan rasa cemburu orang lain. Maka dengan itu, ia akan menyebabkan orang lain akan mudah untuk melakukan perbuatan yang iri hati. Jadi teman lelaki anda tidak mahu perkara seperti itu berlaku terhadap hubungannya.


3. Ia bukan satu yang patut dibanggakan.

Selagi anda belum sah menjadi miliknya, maka ia bukan satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Melainkan anda sudah sah menjadi miliknya pasti dia akan meletakkan beberapa gambar sebagai penanda bahawa dirinya telah dimiliki. Setiap perkara yang dilakukan adalah lebih berhati-hati demi manjaga hubungan anda walaupun anda dan dirinya tidak mempunyai masalah.

Jangan hanya kerana dirinya tidak memuat naik gambar kebahgiaan kalian di media sosial itu menjadi penanda bahawa dirinya tidak menyayangi anda. Selagi dirinya setia dan memahmi anda, itu tandanya dirinya sangat sayangkan anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen