Pasangan Sedang Bad Mood, Apa Yang Harus Anda Lakukan? Mari Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Semua orang tahu reaksi pada wajah adalah maksud yang tersimpan di dalam hati seseorang. Jadi pasti anda mudah untuk membaca apa yang sedang pasangan anda hadapi dari riak wajahnya. Mungkin di mulut ia akan menyatakan tidak ada apa-apa yang berlaku tetapi hatinya tidak tenang untuk menjawab serta melayani anda. Pada ketika ini apa yang anda harus lakukan? Adakah memaksa dirinya untuk memberitahu apa yang tersimpan di dalam hatinya? Mari ketahuinya.




1. Jangan lakukan apa-apa pun.

Apabila melihat wajahnya tidak mengembirakan, apa kata anda jangan pernah memaksa dirinya untuk melakukan sesuatu. Anda juga jangan melakukan sesuatu untuk menarik perhatiannya. Biarkan dan tunggu untuk pasangan anda menstabilkan emosinya sendiri.

2. Jangan tanya apa-apa.

Jika anda bertanya pelbagai soalan, seperti apa yang terjadi? Mengapa wajah dirinya muram sahaja. Itu akan menimbulkan satu keadaan yang tidak selesa buat dirinya. Dia juga akan mudah berasa rimas dengan segala pertanyaan anda. Boleh jadi nanti dirinya akan marah akan segala perkara itu.

3. Katakan bahawa dirinya akan mempengaruhi anda.

Mungkin anda akan berasa tidak selesa dengan keadaan dirinya, dan ia terus membuat anda juga kehilangan mood yang baik. Apa kata anda beritahu sahaja dirinya bahawa keadaan dan perilakunya itu turut membawa diri anda ke satu keadaan yang tidak menyeronokan. Jangan berdiam diri sahaja.



4. Berikan ruang dan waktu.

Perkara yang paling utama yang anda boleh lakukan adalah memberikan dirinya sedikit ruang dan waktu. Biarkan dirinya mengambil sedikit masa untuk tenangkan serta menstabilkan dirinya. Dia pasti akan mengharagi perbuatan anda itu. Jika dia sudah dalam keadaan yang membaik, anda lah orang pertama yang akan dicarinya.

5. Berikan kata-kata semangat.

Berikan kata-kata yang mampu menaikkan semangatnya, tidak kira lah melalui perbuatan ataupun kata-kata. Tetapi itu jika dia masih dalam keadaan yang sama untuk satu jangka masa yang lama. Bukan hanya itu sahaja, anda juga boleh memberikannya sedikit hiburan, sebagai contoh keluar makan bersama-sama ataupun menonton wayang.

Pada ketika ini pasti pasangan anda inginkan sifat anda yang meahami. Mana tidaknya jika anda tidak memahaminya ia pasti agak untuk dirinya pulih dengan cepat.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen