4 Cabaran Yang Anda Perlu Lalui Ketika Hubungan Jarak Jauh (PJJ). Adakah Anda Bersedia?

Pasangan yang sedang menghadapi hubungan jarak jauh sahaja akan mengetahui cabaran dan risiko yang bakal dialami. Sudah pasti ia menanamkan sifat kesabaran yang tinggi untuk tabah melalui hari-hari tanpa si dia disisi.



Jadi apakah cabaran tersebut, jom kita lihat…

1. Terlalu fokus dengan tanggung jawab masing-masing.

Sudah tentu anda dan pasangan mempunyai tanggung jawab dan komitmen masing-masing yang perlu diuruskan. Sudah seharian menguruskan komitmen tersebut, pasti akan menjadi keletihan di waktu malam. Apabila menjadi letih dan lesu, pasangan pula tiada disisi, bertambah tidak semangat untuk anda menghadapi rutin harian pada keesokan harinya.

Jadi, apabila terlalu menumpukan perhatian pada tugas masing-masing ia menunjukkan terdapat kekurangan di dalam hubungan tersebut. Jika merasakan hubungan kian hambar, cubalah berbincang dengan pasangan apa penyelesaian terbaik kerana jika dibiarkan terus menerus akan menjadi masalah besar dalam rumah tangga.

2. Tidak bersikap terbuka dengan pasangan.

Setelah menjadi pasangan suami isteri belajarlah menjadi seorang yang lebih terbuka, itulah kunci utama untuk menjaga hubungan perkahwinan. Umpamanya jika anda di dalam keadaan positif ataupun negatif perlulah dikongsi bersama pasangan.

Oleh kerana jarang berjumpa, anda tidak bersikap terbuka dengan pasangan. Dengan komitmen yang banyak perlu diteruskan, anda mahu berdiam diri sahaja kerana terlalu kepenatan dan menganggap masalah tersebut akan berlalu pada esok hari.



3. Beranggapan pasangan tidak memahami.

Disini lah bermulanya kisah apabila tidak bersikap terbuka pada pasangan. Anda mula merasakan pasangan tidak memahami diri anda, dan tidak mencuba untuk memahami situasi anda. Sudah la berjauhan, sukar pula untuk berkongsi hal kerana tidak bersikap terbuka.

Akhirnya ia menganggu mood anda dan mula mencari gaduh dengan pasangan. Emosi terganggu dan mulai menjauh dari pasangan. Cubalah untuk terus belajar dan memahami cara berfikir pasangan anda untuk kembalikan keintiman yang telah berkurang akibat tidak saling memahami.

4. Tidak saling mendengar ketika bertengkar.

Bergaduh melalui telefon bimbit tidak sama apabila ia berlaku secara bersua muka. Tidak semua orang gemar bergaduh melalui text mesej, call atau video call. Maka, mereka akan memilih untuk berdiam diri sahaja jika berlaku pergaduhan. Wanita yang sering ingin dipujuk, pasti inginkan sentuhan dan belaian daripada suami, tetapi hubungan jarak jauh ini menyukarkan keadaan mereka.

Jika ini berlaku tandanya hubungan anda dan pasangan sedang dalam krisis. Ia tidak memberi manfaat buat anda berdua sebaliknya carilah penyelesaian yang terbaik untuk atasinya agar hubungan kembali mesra seperti dahulu.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen