Cinta Tak Kenal Bangsa & Warna Kulit. Ketahui 9 Keistimewaan Kahwin Campur.

Oleh: Rafi

Orang tua-tua kata, cinta itu buta. Setiap perbezaan, yakni dari segi rupa paras, harta mahupun pangkat dan darjat tidak pernah diendah sementelah pasangan bercinta akan berusaha untuk kekal bersama. Namun, bagaimana pula percintaan yang melibatkan perkara lebih serius dan memerlukan pengorbanan kepercayaan agama? Umumnya, perkahwinan campur sudah pun wujud sejak berzaman dahulu. Ketika di zaman kesultanan Melayu dahulu, perkahwinan antara puteri atau putera kerajaan Melayu dirancang dengan waris pemerintah negeri Arab dan China demi meluaskan kuasa atau melebarkan sayap perniagaan. Kahwin campur moden kini terbahagi kepada tiga kategori iaitu kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama. Ada keistimewaannya apabila berkahwin campur ini. Kami senaraikan keistimewaan berkahwin campur.



1. Melahirkan baka atau genetik yang baik.

Cantuman antara dua genetik berbeza kebiasaannya melahirkan anak yang bijak dan sifat fizikal yang lebih baik. Ini kerana perbezaan nilai budaya dapat diterapkan dalam diri anak-anak ini yang menjadikan mereka lebih terbuka dalam berfikir. Selain itu, diakui anak hasil perkahwinan campur ini mempunyai wajah lebih eksotik dan menarik.

2. Mengeratkan hubungan keluarga.

Perkahwinan bermaksud perkongsian hidup antara dua insan, termasuk juga keluarga mereka. Secara tidak langsung, perkahwinan ini boleh membantu kedua keluarga mengenali dan mengetahui cara hidup yang berlainan daripada apa yang mereka lalui selama ini.



3. Keharmonian kaum.

Lebih-lebih lagi untuk negara dengan pelbagai kaum seperti di Malaysia, perkahwinan campur memajmukkan rakyat dan mengeratkan hubungan sedia ada.

4. Meluaskan kenalan keluarga dan pandangan hidup.

Seronoknya melihat budaya orang lain, lebih-lebih lagi anda sendiri yang melaluinya bersama pasangan tersayang. Selain meluaskan pengetahuan, ia juga membuatkan hidup anda penuh warna dan pengalaman hebat. Anda juga punyai kenalan dan keluarga yang hidup dalam budaya bertentangan dengan kebiasaan anda.

5. Masalah ada apabila.

Perebutan hak penjagaan anak. Ini terjadi apabila kedua ibu bapa berlainan agama dan budaya ini bercerai. Waris mereka terpaksa memilih untuk mengikut agama atau budaya ibu atau bapa. Lebih teruk apabila perkahwinan melibatkan individu dengan dua warganegara berbeza. Kebarangkalian untuk campur tangan diplomatik adalah tinggi.



6. Campur tangan keluarga.

Agak mustahil untuk keluarga menerima anak mereka keluar daripada kepercayaan yang telah dipegang sejak lahir. Penerimaan keluarga bergantung kepada keterbukaan keluarga terhadap pegangan agama.

7. Tidak faham dengan konsep perkahwinan.

Perkahwinan yang melibatkan perbezaan ketara ini memerlukan sikap tolak ansur yang tinggi kerana cabarannya begitu kuat. Pasangan mudah terpengaruh dengan tekanan dari sekeliling yang mungkin bisa cipta rasa tidak gembira.



8. Cabaran dalam menerima gaya hidup agama dan cara hidup yang lain.

Gaya hidup orang Timur lebih terarah kepada kesopanan dan tidak terlalu terbuka berbanding gaya orang Barat. Ini boleh mencetuskan salah faham dan rasa tidak puas hati terhadap satu sama lain jika tidak cuba memahami dan mendalami hidup pasangan sendiri.

9. Sambil lewa mendalami agama.

Khususnya untuk mereka yang beragama Islam, anda perlu mempunyai ilmu yang cukup untuk membentuk keluarga yang bahagia dan teratur perjalanan hidup berumah tangga. Jika ingin berkahwin dengan anda, dia perlu memeluk agama Islam dan anda wajib untuk membantunya belajar mengenai ilmu agama dengan baik.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen