Jangan Malu Ketika Suami Hilang Pekerjaan, Anggaplah Ia Sebagai Cabaran Dalam Perkahwinan.

Dugaan perkahwinan pasti ia tidak dapat dijangkakan. Ketika ini lah Allah mahu menguji keimanan pasangan terhadap-Nya, dan kesetiaan antara mereka berdua. Jadi, apakah yang perlu pasangan ini lakukan jika terjadinya situasi begini?

1. Mainkan peranan sebagai isteri dan penyokong tegar.

Anda perlu tahu lelaki mempunyai sifat suka mendiamkan diri ketika mempunyai masalah. Jadi, apabila anda melihat mereka membisu dan buntu, jangan lah menambah tekanan pada mereka kerana ketika itu anda stress untuk membayar macam-macam bill. Jangan membebel dan asyik marah keseorangan sehingga suami nampak kelakuan anda tersebut. Pasti mereka berasa kurang semangat.

Jangan lupa mainkan peranan anda sebagai isteri, malah jadilah kaunselor peribadi pada suami anda juga dalam pada masa yang sama. Sentiasa memberi kata-kata semangat dan solusi yang bernas.



2. Rancang strategi.

Apabila suami anda sudah mula mengajak berbual dan meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya, mula lah merancang strategi baru untuk menguruskan rumah tangga. Bukan sahaja dari segi untuk mencari kerja baru, malah cara untuk hadkan sebarang perbelanjaan yang tidak berguna dan cara nak elak stress akibat tidak bekerja.

3. Rancang untuk selamatkan keluarga dan perkahwinan.

Pertama sekali, amalkan sikap 'menganggur ini hanya satu cabaran sementara saja'. Maksudnya, anda boleh atasi masalah tersebut. Memang susah nak cari kerja, tetapi jika anda fokus dengan apa yang anda mahu, anda pasti berjaya.

Kekalkan pandangan positif. Anggap mungkin ada hikmah yang Allah mahu anda belajar dari pengalaman ini. Jika ada anak-anak di rumah, bersikap terbuka dengan mereka tentang situasi sekarang. Terangkan yang kadang-kadang, kita terpaksa berkorban demi sesuatu.



4. Luangkan masa untuk diri sendiri.

Si suami perlu luangkan masa bersendirian untuk berfikir. Ketika ini mereka akan cuba ‘mencari’ diri mereka sendiri. Isteri juga perlu elakkan si suami berfikiran buruk seperti “saya takkan dapat kerja”'. Ia boleh patahkan semangat dia.

Dan yang paling penting, lakukan solat Jemaah. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan untuk elak kemurungan. Buat rutin untuk kekal positif. Contoh walaupun si suami tidak dapat kerja lagi, bangunlah awal sama seperti isteri, buat benda sama-sama.

5. Si isteri perlu bersabar ketika si suami menghadapi hari yang sukar.

Minta pada Allah untuk memberikan anda tenaga, kasih sayang, kesabaran dan pencerahan untuk melalui cabaran ini. Ingat! Semua cabaran dalam hidup ini hanya lah sementara. Ia pasti akan dapat diselesaikan juga akhirnya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen