Mempunyai Pasangan Clingy, Seronok Ke Tak Seronok?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kebanyakan yang memiliki sifat clingy atau dalam bahasa Melayu adalah sifat yang suka melekat sentiasa, merupakan dari kalangan wanita. Tidak dapat dinafikan lelaki juga ada yang bersifat sebegitu di mana sentiasa inginkan jarak yang dekat meski ketika makan bersama. Namun adakah sifat ini menyeronokkan bagi sebelah lagi pihak? Atau sebaliknya?



1. Kukuhkan perasaan cinta darinya.

Jika seseorang memiliki pasangan yang clingy ini, sedikit sebanyak dia akan merasakan bahawa pasangannya itu benar-benar mencintainya dan tidak ingin berpisah darinya. Maka sebab itulah dia berperangai sebegitu, untuk menunjukkan kuatnya cinta si clingy terhadap pasangannya.

2. Tidak pernah bosan.

Kebiasaannya mereka yang clingy ini adalah manja orangnya. Dia sentiasa inginkan perhatian dari pasangannya sehingga ada kala sanggup mengganggu pasangannya itu daripada melakukan apa-apa yang dianggap mengabaikannya seperti bermain game. Dengan adanya pasangan clingy ini, anda tidak akan berasa jemu dan bosan untuk melayannya kerana si dia sentiasa ada jalan untuk mengganggu anda supaya memberikan perhatian kepadanya.


3. Rimas.

Tidak dapat dinafikan ada juga pasangan yang berasa rimas dengan memiliki pasangan clingy kerana mereka berpendapat bahawa sifat itu terlalu menjengkelkan dan seolah olah mengongkong dirinya daripada melakukan aktiviti kesukaannya.

Meskipun terdapat dua cara individu menerima sifat ini, seharusnya pertimbangan perlu dibuat oleh kedua dua pihak contohnya, si clingy perlu mengawal dirinya daripada bersikap berlebih lebihan sehingga menyebabkan pasangannya rimas di mana ia boleh menyebabkan pergaduhan. Begitu juga dengan pasangan yang memiliki si clingy, ada kala beri dia ruang untuk melekat dan bersifat sebegitu dengan anda, kerana risau nanti jika disekat, si dia akan mencari seseorang yang boleh menerima sifat clingy nya itu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen