Gaya Berpakaian Yang Ringkas Dan Kemas Untuk Memikat Hati Si Jejaka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita yang bertudung kelihatan sudah cantik serta menyejukkan mata kaum lelaki ini. Tetapi jika ia di tambah dengan sedikit gaya sudah pasti ia akan menambah seri kepada si pemakainya. Baik selendang mahupun bawal, masing-masing mempunyai kelebihannya. Bukan itu sahaja, kedua-duanya mampu serlahkan kecantikan si pemakai. Mari ketahui dengan lebih lanjut.



Tips fesyen hijab yang disukai oleh lelaki.

Pada asasnya seorang lelaki menyukai pakaian yang sesuai dipakai oleh si pemakai. Di mana ia tidak lah keterlaluan dan begitu berlebihan. Anda juga tidak perlu untuk bersusah payah untuk memakai pakaian yang up-to-date dalam memilih gaya setiap hari anda. Nah ini beberapa tips gaya berpakaian bagi mereka yang bertudung yang disukai oleh lelaki.

1. Memakai pakaian yang bersesuaian dengan tubuh badan anda. Jangan memakai pakaian yang terlalu besar. Bagi seorang wanita yang bertudung, adalah lebih elok untuk melonggarkan sedikit pakaian anda agar ia bersesuaian dengan aurat seorang wanita muslim. Jika ia terlalu besar ia akan membuat anda kelihatan tidak begitu kemas.

2. Tidak memakai pakaian yang kecil atau ketat. Lelaki akan cenderung tidak selesa apabila melihat wanita yang bertudung mengenakan baju yang kecil serta tudung yang singkat.

3. Pilihan warna yang bersesuaian dengan warna kulit anda. Elakkan memakai pakaian yang sama warana dari atas sehingga hujung kaki anda. Jika anda mahu menggunakan warna-warna terang, cuba untuk gabungkan warna asas serta warna semula jadi.

4. Cuba untuk menggunakan skirt labuh. Jika anda seorang yang jarang mengenakan skirt yang labuh, cuba untuk memakainya sekali sekala. Ia pasti akan membuatkan anda tampil elegen.



Berikut adalah gaya pemakaian yang akan memikat hati lelaki.

Sebagai panduan tambahan anda, berikut adalah beberapa gaya yang anda boleh contohi.


1. Pemilihan warna yang lembut serta gaya pemakaian yang ringkas dan tidak keterlaluan akan memikat hati.


2. Tidak salah sekali sekala mengenakan jumpsuit.


3. Muncul manis dengan pakaian yang padat warna tetapi dipandankan dengan warna lembut.


4. Walaupun sedikit kasar tetapi mengenakan skirt akan serlahkan kemanisan anda.

Itu dia beberapa tips gaya pemakaian untuk memikat hati si jejaka. Semoga memberi manfaat kepada anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen