Anda Dilarang Melakukan 6 Perkara Ini Ketika Jalinkan Sebuah Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa kata apabila menjalinkan sebuah hubungan ini tidak kira lah hubungan cinta mahupun hubungan suami isteri ini semua perkara kita boleh lakukan tanpa sedikit pun larangan. Kebanyakkan orang akan terlepas pandang mengenai beberapa perkara jika menimbulkan ketegangan dalam hubungan. Ia bukan lah perkara yang dilarang di sisi agama tetapi ia lebih untuk mengelakkan daripada pasangan kita terluka dengan perbuatan kita. Mari ketahui dengan lebih lanjut.



1. Hendak memuji itu tidak salah tetapi ia menjadi satu kesalahan apabila anda memuji orang luar secara berlebihan. Mana tidaknya ia akan menyakiti hati pasangan anda. Pasangan anda akan merasakan dirinya dibandingkan mahupun timbul perasaan cemburu di hati mereka.

2. Tanpa kita sedar kadang kala kita tidak sengaja meninggikan suara kita terhadap pasangan kita. Tidak kira lah niat pada waktu itu hanya untuk menegur atau menasihati. Jika terlakukan perkara seperti ini tidak mustahil pasangan akan terasa dengan perbuatan anda.

3. Berusaha untuk menerima segala pandangan pasangan adalah satu langkah yang baik. Jangan pernah menolak atau mengkritik pandangan pasangan anda. Mana tidaknya ia bagaikan anda meletakkan jurang dalam hubungan anda. Kelak, pasangan anda akan takut untuk memberikan pandangannya.


4. Perbuatan membohong ini bukan lah satu perkara yang elok. Terutama jika anda berbohong kepada pasangan anda. Untuk sekali dua mungkin anda terlepas, jika selepas itu bagaimana? Perbuatan ini hanya menimbulkan perasaan ketidakpercayaan pasangan terhadap anda. Jika banyak wasangka buruk bagaimana ingin bahagia.

5. Bergantung tidak bertali apabila salah seorang meninggalkan pasangannya tanpa kata putus mahupun sebab yang tidak munasabah. Sekiranya pasangan anda melakukan kesalahan, tidak salah rasanya anda cuba untuk memberitahu dirinya. Jangan biarkan dirinya tergantung seperti itu.

6. Setiap orang akan melakukan kesilapan, tidak ada pun yang sememangnya sempurna. Maka dengan itu, jangan takut untuk mengakui kesilapan anda. Jangan membiarkan ego menguasai anda. Usah sesekali merasakan anda tidak pernah melakukan kesalah, tidak salah sekiranya anda mengaku salah anda.

Apabila anda memiliki seseorang itu tidak bermakna anda boleh melakukan apa sahaja yang anda sukai. Baik sebagai suami isteri ataupun pasangan kekasih, anda perlu sedar bahawa dirinya mempunyai perasaan sama seperti anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen