Lelaki, Ego Dan Air Mata….

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa kata lelaki ini tidak boleh menangis? Siapa kata mereka ini hati batu? Sudah tentu orang lelaki sebenarnya tahu untuk menangis dan ada satu ketika mereka ini juga akan mengalirkan air mata mereka. Ego mereka tidak akan tercalar sedikit pun hanya kerana mengeluarkan air matanya. Air mata mereka ini bagaikan satu perkara yang sangat berharga. Apabila mereka ini menangis untuk anda, itu bermakna ia benar-benar mencintai dan menyayangi diri anda. Mari ketahui saat bila air mata mereka ini akan jatuh.



1. Apabila kehilangan wanita yang dicintai.

Mungkin pada luarannya mereka ini akan lebih bersahaja apabila kehilangan wanita yang mereka cintai. Tidak kira lah ia perpisahan hidup mahupun mati. Tetapi seorang lelaki yang benar-benar mencintai wanita tersebut akan menangis di dalam biliknya agar tiada siapa yang tahu bahawa dirinya itu sedang terluka. Jika ia tidak tertanggung perasaan sedih dan kecewa itu, dirinya boleh sahaja menangis dihadapan sahabat baiknya.

2. Ketika berjaya menghalalkan wanita yang dicintai.

Walaupun ia menangis pada ketika itu, ia adalah tangisan yang membawa makna kegembiraan. Di mana ia telah membukitikan bahawa dirinya sudah berjaya memiliki seorang wanita yang ditunggu selama ini. Bukan itu sahaja, ia juga membuktikan bahawa usahanya itu telah membuahkan hasil.

3. Ketika melihat pertarungan isterinya untuk melahirkan anak pertama mereka.

Mana-mana lelaki yang bergelar suami pasti akan mengalirkan air mata apabila melihat isterinya sedang bertarung nyawa demi melahirkan zuriatnya. Ia bagaikan tidak sanggup dan ingin berkongsi kesakitan isterinya tetapi itu tidak mungkin. Maka hanya air mata sahaja yang mempu mengalir pada ketika itu.


4. Melihat ibu bapanya yang sedang uzur.

Rata-rata anak yang melihat ibu bapanya melangkah keuzuran pasti akan merasa sedih. Walaupun tidak diluahkan di mulut, ia pasti akan diluahkan melalui air matanya. Jadi jangan sangka mereka ini sekeras batu, sedangkan ia mampu mengalirkan air mata untuk orang yang mereka kasihi.

5. Mengecewakan ibu bapa atau orang yang dicintai.

Apa perasaan anda apabila tidak mampu untuk menunaikan janji pada orang yang anda cintai dan sayangi? Sudah pasti akan berasa sedih bukan? Itu lah di rasa oleh lelaki apabila mereka tidak mamapu menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada orang yang mereka cintai. Walaupun dirinya telah berusaha sebaik yang mungkin.

Jangan menilai lelaki dengan mata kasar, di mana menilai mereka ini tidak mempunyai perasaan atau pun sukar untuk menangis hanya kerana tidak mengalirkan air mata. Sedangkan mereka ini akan menangis hanya tidak menunjukkan kepada anda sahaja.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen