Bercinta Dengan Bekas Kekasih Rakan Baik, Sebenarnya Boleh Atau Tidak?

Oleh: Zuzu Yasmine

Dulu mungkin anda hanya mengenalinya melalui mulut rakan anda tetapi anda tidak penah berjumpa dan bertentang mata dengannya. Jika anda bertemu ketika bersama rakan juga ada tidak penah bercakap dengannya. Tetapi apabila rakan baik anda berpisah dengannya, anda tidak menyangka bahawa dirinya mula mendekati diri dengan anda.

Sudah pasti anda akan rasa sedikit serba salah adakah patut atau tidak jika anda hendak mendekati dirinya. Ataupun anda seharusnya menjaga hubungan anda dengan rakan baik anda. Tetapi mana tahu dirinya itu adalah jodoh anda.

Sebenarnya, tidak salah sekiranya anda ingin menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih rakan anda sendiri. Hal ini kerana, anda bukan hadir sebagai orang yang akan menghancurkan hubungan anda. Anda hadir selepas hubungan mereka sudah terputus. Jadi jangan salahkan diri anda.

Perasaan cemburu itu pasti akan ada dalam diri rakan anda, tetapi dirinya tidak boleh melakukan apa-apa sekiranya anda sememangnya telah ditakdirkan untuk bekas kekasihnya. Cepat atau lambat dirinya pasti akan terima.

Apa yang anda harus lakukan?

Mulanya anda cuba untuk memberitahu kepada rakan anda. Cuba untuk berterus terang agar dirinya tidak salah faham akan hubungan anda dan bekas kekasihnya itu. Jika anda melihat reaksinya seperti tidak memberi keizinan cuba jangan memaksanya tetapi menerima dengan baik.

Bagaimana hubungan anda selepas itu? Selepas tidak mendapat keizinan dari rakan anda. Cuba untuk meletakkan sedikit ruang dan jarak pada hubungan terbabit. Gunakan alasan sebagai berkawan dahulu untuk memastikan anda dan dirinya dalam jarak yang selamat. Kekal berkawan sehingga anda pasti rakan anda sudah benar-benar move on atau sudah mendapat pengganti.

Kemudian, cuba untuk jelaskan semula kepada dirinya. Pada ketika ini anda harus yakin akan keputusan yang telah anda lakukan, iaitu sama ada akan memilih dirinya atau rakan anda.

Tidak salah sekiranya anda cuba untuk bercinta dengan bekas kekasih rakan anda. Tetapi pastikan anda tidak melukakan hati ketiga-tiga yang terbabit.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen