6 Bukti Lelaki Itu Lebih Rumit Berbanding Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki ini kadang kala sukar memahami apa yang pasangan mereka mahu tunjukkan dan kehendaki. Sebab itu mereka katakan wanita ini sukar untuk difahami, dibaca setiap pergerakkan serta seorang yang rumit. Tapi sebenarnya, lelaki ini lebih rumit daripada seorang wanita. Pemikiran lelaki dan wanita ini berlainan. Mari ketahui apa bukti yang lelaki ini lebih rumit berbanding wanita.



Setiap wanita pasti akan melayani rakan atau kenalannya dengan baik walaupun dirinya tidak mempunyai perasaan terhadap orang tersebut. Tetapi, lelaki berfikir bahawa, jika wanita itu berbuat baik dengannya itu bermakna wanita tersebut menyukainya. Sedang ia telah menjadi perkara biasa untuk berbuat baik sesama manusia. Tidak ke begitu?

Lelaki sukakan wanita yang cergas dan bijaksana untuk mendampingi dirinya. Jika wanita itu bijak dan pandai, ia akan menjatuhkan air mukanya tetapi jika dirinya yang bijak dan pandai ia akan menyatakan dirinya hebat. Jadi apa yang lelaki harapan dari seorang wanita yang bijak ini? Adakah wanita-wanita seperti ini perlu berpura-pura menjadi kurang bijak apabila berhadapan dengan lelaki?

Selain itu juga, lelaki sukakan wanita yang cantik, serta berpenampilan menarik. Menurut mereka, wanita ini sesuai untuk dijadikan pasangan mereka. Tetapi setelah menjalinkan hubungan ia menjadi lain pula. Apabila wanita itu memakai pakaian yang menyerlahkan dirinya, lelaki akan beranggapan bahawa dirinya itu ingin menggodanya tetapi jika wanita tersebut tidak bergaya dan sedikit selekeh, akan dikatanya kampung dan tidak menarik.


Saat ingin mendapatkan cinta anda, lelaki ini akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan anda serta cinta anda. Tetapi apabila anda sudah mencintainya serta menyerahkan hati anda untuknya, dirinya mula semakin menjauh dan meninggalkan anda. Bukan hanya itu, dirinya juga merasakan anda tidak cukup menepati cita rasanya.

Apabila dirinya menyakiti diri anda, ia akan menyatakan bahawa anda seorang yang sangat sensitif serta sukar untuk dijaga hatinya. Tetapi jika anda yang menyakiti dia ia akan menyatakan bahawa anda berlaku kejam terhadap dirinya. Bukan itu sahaja, dia juga pasti menyatakan anda tidak menghargainya. Mereka sendiri tidak menyedari perbuatan yang mereka telah lakukan.

Wanita suka membebal bukan? Tetapi bagi lelaki, wanita yang membebal ini dikatakan sangat mak-mak atau keibuan kerana terlalu banyak bercakap. Bukan itu sahaja dirinya pasti akan menyatakan bahawa anda seorang yang cerewet. Sedangkan jika dia yang banyak membebal akan dikatakan seorang yang mengambil berat mengenai anda.

Sebenarnya, kedua-dua jantina ini begitu rumit untuk difahami. Tetapi jika dalam hubungan masing-masing masih dengan fikiran sebegini ia pasti tidak membantu hubungan tersebut. Maka dengan itu, salah seorang pasti akan cuba untuk mengalah demi pasangan yang mereka kasihi bukan?


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen