Jom Rebut Pahala Untuk Menjadi Suami Mithali.

Kepada para lelaki yang telah bergelar suami dan bakal menjadi suami kelak, jom kejar dan rebut pahala untuk menjadi suami mithali pada keluarga.

1. Saat mencari nafkah untuk keluarga.

  • Saat berniat untuk mencari rezeki halal
  • Saat melangkah kaki keluar dari rumah untuk mencari rezeki halal
  • Sepanjang perjalanan ke tempat kerja
  • Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas
  • Saat melakukan kerja yang sukar dan payah
  • Solat berjemaah bersama staff lain
  • Saat pulang untuk bertemu isteri dan anak

2. Saat mengerjakan solat berjemaah di Masjid.

  • Saat berniat untuk solat berjemaah
  • Bersiap sedia untuk ke masjid
  • Memakai haruman
  • Bermula dari keluar dari rumah hingga ke masjid
  • Saat melangkah masuk ke masjid
  • Berniat iktikaf di Masjid akan diberi pahala oleh Allah, didoakan oleh Malaikat keampunan keatasnya.
  • Bergaul dgn masyarakat akan diberi pahala oleh Allah kerana mengeratkan sillaturrahim.

3. Saat suami membeli makanan utk isteri dan anak-anak.

  • Saat berniat untuk membeli makanan akan tertulis kebaikan keatasnya oleh Allah SWT.
  • Dalam perjalanan untuk membeli makanan
  • Saat suami mengeluarkn wang untuk isteri dan anak-anak (walaupun duit tinggal sikit)
  • Saat isteri dan anak-anak menjamah makanan kerana setiap suapan makanan masuk ke mulut isteri dan anak-anak diberikan pahala oleh Allah kepada suami.
  • Saat isteri dan anak-anak kenyang dan gembira seleps makan

4. Saat suami mendidik isteri dan anak-anak.

  • Kerana melaksanakan amanah dari Allah
  • Didikan yang baik
  • Amalan kebaikan tersebut diamalkan berterusan oleh isteri dan anak-anak akan diberi saham pahala oleh Allah berterusan, generasi ke generasi.
  • Saat sukarnya suami mendidik isteri dan anak-anak akan diganjari pahala berdasarkan kesukarannya.

5. Saat suami memberikan nafkah atau kebaikan buat isteri, anak-anak, ibu bapa dan orang-orang dibawahnya.

  • Nafkah buat isteri dan anak
  • Memberi nafkah batin kpd isteri
  • Melaksanakan tanggungjawabnya keatas ibubapanya
  • Membantu adik/kakak/makciknya
  • Mengeratkan hubungan sillaturrahim dgn rakan-rakan ibu bapanya

6. Saat suami melakukan kerja rumah.

  • Menyediakan makanan buat isteri dan anak
  • Membantu mengemas rumah
  • Menguruskan hal ehwal rumah

7. Saat lelaki/suami melakukan kerja-kerja kemasyarakatan.

  • Menghubungkan sillaturrahim
  • Membantu menyelesaikan masalah orang lain
  • Saat suami menjadi imam
  • Pahala sebagai imam yakni pemimpin
  • Mengajak isteri dan anak-anak solat
  • Mengetuai bacaan doa

Begitu mudah dan beruntung suami yang menjaga amanah Allah SWT. Banyak perkara yang mendatang pahala bagi mereka untuk direbutkan. Jadi, mengapa mahu mengabaikan segala amanah Allah yang telah diberi terutamanya isteri sendiri?



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen