4 Kesalahan Wanita Ketika Memilih Teman Hidup.

Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan.  Secara sedar atau tidak sedar pasti ia akan berlaku, tetapi jika dalam keadaan sedar, ia akan menjadi pengajaran sepanjang hidup. Setiap keputusan yang dibuat pasti mahu diakhiri dengan kebaikan supaya ia menjadi kenangan yang indah di dalam memori berpanjangan.

Jadi, setiap manusia yang ingin mencari teman hidup pasti akan melakukan sesuatu perkara untuk memikat pasangan. Jom lihat antara kesalahan wanita ketika memilih seseorang sebagai teman hidup..



1. Memilih ketika kesunyian dan tiada pilihan.

Wanita ini seperti terdesak mencari teman hidup kerana ramai di antara sahabatnya telah berkahwin. Maka mereka menjadi agak tertekan apabila tiada sahabat untuk diajak keluar seperti sewaktu bujang. Perasaan cemburu dan sunyi membuatkan mereka terus mencari teman hidup walau sesiapa sahaja pun.

Tidak berfikir panjang lantas memilih sahaja lelaki yang sedia ada dan mengajak untuk mengadakan hubungan yang serius untuk berkahwin. Jika perkenalan singkat ini diketahui oleh sahabat dan ahli keluarga pasti tiada masalah kerana mereka juga boleh menilai lelaki tersebut.

2. Berubah setelah berjaya menakluki hati.

Oleh kerana perkenalan yang singkat dengan lelaki tersebut dan sudah mengajak untuk berkahwin, wanita ini mudah pula berubah hati. Apabila telah memberi harapan kepada jejaka tersebut, wanita ini merasakan dirinya tidak sesuai dengan si dia kerana hal-hal tertentu. Seperti perbezaan gaya hidup, perbelanjaan, pekerjaan atau sifat-sifat yang menjengkelkan.

Jadi, sebelum terlambat fikirlah baik-baik, adakah anda sanggup untuk terus bersama sepanjang hayat anda dengan lelaki yang punya sifat begitu. Tepuk dada, tanya hati anda!



3. Cinta adalah segalanya.

Kadang-kala cinta juga membuatkan seseorang itu hanyut, terutamanya wanita. Kerana emosi wanita lebih gemar bermain dengan cinta. Dan jika wanita itu telah terlalu sayang pada seseorang lelaki, pasti dia sanggup lakukan apa sahaja untuk lelaki tersebut.

Wanita ini tidak fokus pada ciri-ciri yang sepatutnya ada pada lelaki tersebut untuk menjadi bakal suami kelak. Asalkan hidupnya indah dengan kata-kata cinta, bunga-bunga cinta sudah memadai.

4. Tidak percaya dengan naluri hati sendiri.

Apabila cinta sudah melalaikan dan membuat seorang wanita hanyut, sudah tentu mereka sukar untuk mendengar kata-kata atau nasihat daripada ahli keluarga atau sahabat. Jika lelaki tersebut mempunyai keburukan yang ternyata akan membuat hidupnya mudarat, tetapi hati telah sayang sepenuh hati, pasti kata-kata semua itu dihindarkan sahaja.

Jadi, dalam apa jua hal sekalipun, anda sebagai wanita jangan lah tersilap memilih pasangan hidup untuk menamatkan zaman bujang kelak. Jangan lah fikir untuk keseronokan sahaja, padahal perkahwinan itu untuk jangka masa yang panjang.



 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen