Wahai Wanita, Jika Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin, Carilah Lelaki Seperti Ini.

Ramai juga wanita sudah siap sedia mahu berkahwin tetapi masih lagi tidak bertemu dengan jodoh. Mungkin ini kerana wanita lebih cepat matang daripada lelaki dan bijak menguruskan kehidupan. Jika kelompok rakan anda semuanya masih belum mahu berkahwin, luaskan pergaulan dan cari mereka yang sudah bersedia untuk mahu berkahwin sahaja.



Jika anda masih menetap di dalam kelompok kawan tersebut, sampai bila-bila anda masih sukar untuk mencari jodoh. Jadi carilah lelaki seperti ini…

1. Mahu mencari pelengkap hidup.

Lelaki merasakan bahawa setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap, kewangan yang mencukupi dan memiliki pasangan yang serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan.

2. Hidup lebih terurus.

Tanggungan lelaki terhadap ahli keluarga terutama ibu bapa memang tidak pernah habis, tetapi mungkin selama ini dia menguruskan hal yang belum diberes. Apabila semua sudah terurus dia seperti memerlukan seseorang untuk membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya.



3. Mempunyai kewangan yang stabil.

Tidak semua lelaki mempunyai kewangan yang stabil, tetapi jika mereka sudah mempunyai simpanan dan berusaha untuk berkahwin, lelaki ini masih boleh dipertimbangkan.

4. Sentiasa meluangkan masa di rumah.

Jarang kita mahu mendengar lelaki seperti perempuan, terperap di rumah sahaja, bukan? Jika anda bertemu dengan lelaki yang sudah meningkat umur 30-an, rajin memasak, sentiasa meluangkan masa dirumah setelah pulang dari kerja berkenalan lah dengan mereka. Ini kerana mereka telah puas dengan zaman muda mereka, dan mahu perubahan hidup yang lebih teratur dan matang.



5. Bosan hidup membujang.

Lelaki ini seperti sudah cukup memiliki segalanya, tetapi hati nya sunyi mahukan teman pula. Pernikahan adalah solusi terakhir yang dianggap tepat untuk mereka keluar dari situasi kebosanan dan kesunyian. Berbeza hidup zaman bujang dengan zaman berkahwin.

6. Memang sudah bersedia dan mahukan anak cepat.

Lelaki ini memang telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk ke gerbang perkahwinan. Dan juga mereka mahukan zuriat mungkin kerana umur yang telah meningkat. Ibu bapanya juga risau jika kahwin lambat sukar untuk mendapatkan zuriat.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen