5 Tanda Teman Wanita Anda Masih Belum Bersedia Untuk Berkahwin.

Selalunya kita lihat lelaki sahaja yang tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga, tapi kali ini kita lihat pula tanda wanita yang tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Orang kata wanita ini lebih cepat matang jika hendak dibandingkan orang lelaki kan? Tetapi tidak semuanya cepat matang, ada sahaja yang masih tidak mematangkan diri mereka dengan tanggungjawab. Jadi mari kita ketahuinya.



1. Kerap meminta putus dalam perhubungan.

Jika seorang wanita serius terhadap anda, dirinya tidak akan meminta putus hanya kerana pergaduhan yang kecil. Terutama jika pergaduhan itu berpunca darinya. Hal ini kerana, dirinya masih lagi belum bersedia untuk menjaga hati orang disekeliling mereka. Sebab itu mereka akan melakukan satu perbuatan tanpa berfiir panjang.

2. Tidak sukakan kanak-kanak.

Seorang wanita biasanya akan sukakan kanak-kanak. Tetapi jika dirinya tidak bersedia untuk berkahwin, sudah pasti dirinya tidak begitu suka akan kehadiran kanak-kanak. Hal ini kerana, mereka ini masih belum mempunyai sifat keibuan yang jelas.

3. Takutkan akan tanggungjawab.

Mereka tidak suka menguruskan rumah serta memasak, jadi bagaimana untuk memikul tanggungjawab. Dirinya merasakan bahawa belum tiba masanya untuk memperlajari semua itu. Bagi dirinya, apabila dia merasakan sudah bersedia barulah ia akan memperlajarinya. Jadi di sini boleh lihat bahawa dia belum bersedia menguruskan hal rumahtangga.


4. Masih ragu-ragu.

Apabila ditanya mengenai perkahwinan dan kesediaan dirinya, dia ragu-ragu untuk menjawapnya. Dia tidak tahu sama ada dirinya itu sudah bersedia dengan segala perubahan dan tanggungjawab kelak. Jika dirinya ragu-ragu dengan perkara itu, ia telah membuktikan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga.

5. Banyak alasan.

Kerap kali anda megajaknya untuk berkahwin, dan tiap kali itu juga pelbagai alasan yang diberikan kepada anda. segala alasan yang diberikan itu sebenarnya adalah satu tanda bahawa dirinya masih belum bersedia untuk berumahtangga.

Jika teman wanita anda mempunyai tanda-tanda seperti ini, jangan risau tetapi teruskan untuk bersabar. Mungkin dirinya akan mula matang selepas melihat kesabaran anda. Mana tahu bukan.


Anda masih keseorangan?

918,234 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen