Mengapa Seorang Wanita Mudah Untuk Menangis?

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita dan air mata sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ia akan kerap bersama dalam apa jua keadaan. Bila gembira dia menangis, bila sedih lagi lah menangis dan bila marah dia juga menangis. Tak akan wanita ini tahu menangis sahaja? Semua perkara akan gunakan air mata ke? Suka minta simpati orang dengan menggunakan air matanya?



Sudah tentu tidak.

Wanita mempunyai hati yang mudah tercuit, yang dikatakan sangat sensitif. Sebab itu dirinya mudah menangis apabila pasangannya memarahinya. Ia adalah sifat semulajadi wanita di mana tangisan adalah satu perkara yang boleh dilakukan. Ia tidak boleh diubah. Walau sehebat mana pun wanita itu, ia juga pasti mudah untuk mengalirkan air matanya.

Selain itu juga, wanita tahu bahawa lelaki lemah dengan air mata mereka. Sebab itu mereka akan menggunakan air mata mereka sebagai senjata ketika diserang oleh lelaki. Hal ini untuk membuat lelaki terbabit merasa tidak selesa akan perkara tersebut. Bukan hanya itu sahaja, apabila bergaduh, wanita akan menggunakan air mata mereka untuk membuat pergaduhan itu terhenti serta reda.

Di samping itu juga, wanita akan menggunakan air matanya apabila ia tidak mampu meluahkan rasa hatinya. Dirinya bukan tidak mahu berterus terang ataupun berlaku jujur tetapi ia seolah-olah tidak mampu diluahkan. Jadi air mata sahaja yang mampu membiacarakan hati dan keadaan wanita tersebut. Sebab itu dalam pergaduhan wanita lebih banyak menangis. Jika dirinya membalas itu bermakna dia sudah tidak tahan dengan anda.

Air mata juga dikatakan sebagai cara wanita untuk bertenang. Apabila terlalu tertekan dengan kehidupan serta hubungan, air mata lah satu-satu jalan yang akan diambil oleh wanita. Di mana mereka ini akan melepaskan segala penat dan tekanan mereka melaluinya. Dengan menangis ini, ia mampu membuat seseorang wanita itu berasa tenang.


Namun begitu, jika seorang wanita sudah tidak mengalirkan air matanya untuk anda serta hubungan. Ia bermaksud hatinya terlalu banyak terluka dan sudah mula tawar hati dengan hubungan tersebut. Air mata ini mampu melembutkan mereka tetapi jika ia sudah tidak mengalir lagi, itu bermakna dirinya sudah tidak memperdulikan anda lagi.

Kesimpulannya, air mata ini banyak membantu wanita dalam kehidupannya. Ia mampu membantu membuat seorang wanita itu hidup dengan cekal, tabah dan kuat. Jangan main-main dengan air mata wanita!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen