Wanita Lebih Utamakan Keluarga? 5 Sebab Mereka Ini Calon Isteri Yang Sesuai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jarang bukan kita lihat wanita yang lebih mengutamakan keluarga? Biasanya wanita apabila bercinta ini mereka akan lebih utamakan pasangan berbanding keluarga bukan? Tapi anda penah kenal dengan wanita yang lebih mengutamakan ibu bapa serta adik beradiknya? Wanita yang lebih mengutamakan keluarga ketika menjalinkan hubungan dengan anda adalah orang yang paling sesuai untuk jadikan calon isteri. Mari ketahuinya dengan lebih lanjut.



1. Seorang yang penyayang.

Apabila dia lebih mengutamakan keluarganya berbanding dengan teman lelakinya itu menandakan mereka ini adalah seorang yang penyayang. Mana tidaknya mereka lebih memilih perkara yang lebih utama seperti ibu bapanya. Jadi apabila anda berkahwin dengannya, sudah pasti dirinya akan megutamakan anda dari segala hal. Kerana anda telah menjadi keutamaan dirinya.

2. Dia akan lebih mudah faham akan keutamaan anda.

Dalam perkahwinan nanti, anda kemungkinan akan mempunyai satu situasi di mana anda harus membuat pilihan, iaitu dirinya ataupun ibu bapa anda. Pada ketika itu, baru lah anda akan sedar bahawa dirinya akan memahami keutamaan anda. Dirinya tidak akan memaksa anda untuk menjadikan dirinya yang utama walaupun pada saat itu dirinya yang kerap di sisi anda.

3. Sikap kurang memaksa.

Apa yang menariknya mereka ini ialah sikap yang tidak terlalu memaksa anda. jika wanita lain, sudah pasti mereka akan memaksa anda untuk segera meminangnya apabila melihat rakan-rakannya telah menjadi isteri orang. Tetapi tidak dirinya. Dia lebih cuba untuk memahami anda serta tidak memaksa anda untuk segera menjadikannya isteri apabila anda masih belum bersedia.


4. Lebih mudah diterima oleh keluarga anda.

Kerana sudah menjadi kebiasaannya melayani ibu bapanya, jadi tidak sukar untuk dirinya mendapatkan perhatian daripada ibu bapa anda. Sudah tentu dirinya juga akan menghormati serta melayani ibu bapa anda seperti ibu bapanya. Jadi tidak susah bukan untuk dia diterima baik dalam keluarga anda.

5. Mudah menghulurkan bantuan.

Selain penyayang, serta memahami, dirinya juga seorang yang mudah untuk menghulurkan bantuan. Jika ibu bapa kerap dibantu sudah pasti anda sebagai pasangannya akan turut dibantu. Jangan terlalu risau sekiranya anda mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan. Jika dirinya tidak mampu memberi bantuan kepada anda, sudah pasti ia akan menjadi pendengar yang baik untuk anda.

Jadi jangan sesekali melepaskan wanita yang mengutamakan keluarganya. Mungkin sebelum berkahwin dengan anda dirinya lebihkan keluarga tetapi apabila menjadi isteri anda, dia akan mengutamakan anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen