Disebalik Kata “Saya Ingin Bersendirian” Apa Yang Perlu Anda Fahami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penah anda dapat kata-kata seperti ini? Seperti saya perlukan waktu, dan tinggalkan saya bersendirian? Jika penah adakah anda faham maksud disebalik ayat ini? Ayat ini biasanya mengambarkan dua situasi di mana dirinya terluka kerana anda serta dirinya mahu masa untuk tenangkan diri. Namun begitu, terdapat perkara lain yang perlu anda ambil tahu. Mari ketahuinya.



1. Dirinya mahu anda sedar akan perubahan sikap anda.

Mungkin anda telah mengabaikan dirinya, di mana anda tidak menyedari bahawa dirinya semakin menjauh dengan anda. Maka ia mengambil langkah dan kata-kata seperti ini untuk memberitahu anda bahawa dirinya telah berubah kerana perbuatan dan pengabaian anda terhadapnya.

2. Dirinya mahukan satu kepastian.

Jika kalian sedang menghadapi masalah, sudah pasti dirinya inginkan masa untuk dirinya memikirkan hubungan kalian. Sama ada hubungan anda dengan dirinya membawa satu kebaikan atau tidak untuknya. Masa ini lah anda perlu tunjukkan siapa anda dan perbetulkan kesilapan anda jika and sayang akan dirinya.

3. Ada satu perkara yang tidak mampu diluahkan.

Dirinya pasti mempunyai pelbagai masalah dalam rutin hariannya sehinggakan ia kehilangan mood yang baik untuk melayani karenah anda. Maka dengan itu, ayat ini digunakan kepada anda agar anda memberi ruang untuknya berfikir dan menenangkan diri. Apabila dirinya bersedia untuk meluahkan perkara tersebut barulah dirinya akan memberitahu anda.


4. Inginkan perhatian.

Kebanyakan pasangan akan melakukan perkara ini kerana ingin mempunyai perhatian yang lebih daripada pasangannya. Jika anda mengabaikan dirinya, pasti ini sahaja cara untuk membuat anda berikan perhatian kepadanya. Mana tidaknya, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa dirinya berkelakuan sebegitu.

Ayat seperti ini digunakan untuk membuat dirinya kembali selesa terhadap hubungan kalian berdua. Namun begitu, ia kelihatan mudah untuk difahami, tetapi terdapat banyak keputusan yang mampu melukakan kerana ayat ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen