Pemilihan Jodoh Yang Setaraf Untuk Elakkan Rasa Terhina.

Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Ali, ada tiga perkara yang jangan kau tunda perlaksanannya, iaitu solat apabila telah tiba waktunya, pengebumian jenazah apabila telah siap penguburannya, dan wanita apabila telah menemukan jodohnya yang sekufu/sepadan.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Hadith di atas memperjelaskan bahawa di dalam Islam juga menggalakkan untuk berkahwin dengan seseorang yang setaraf dengan kita. Namun sedemikian ia tidak ada dalam rukun nikah, tetapi untuk memberi keselesaan pasangan mewujudkan keharmonian rumah tangga.

PEMILIHAN JODOH YANG SETARAF INI ADALAH SUPAYA MEREKA TIDAK BERASA TERHINA DENGAN BAKAL JODOH.

Lelaki adalah pembimbing keluarga dan isteri pula wajib taat kepada suaminya. Namun dalam hal ini, dibimbangi sekiranya isteri tidak mampu melawan perasaan sehingga akhirnya berlaku keadaan yang tidak diingini apabila isteri tidak boleh taat kepada suami hanya kerana dia melebihi suami dalam segala hal.



Perlu diingat, wanita zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu yakni zaman Nabi SAW. Berikutan dengan zaman tersebut, seperti isteri-isteri Rasulullah SAW, mereka tidak lah setaraf dengan Baginda yang tampan, tetapi isteri-isteri Baginda sebahagiannya tergolong dari golongan janda dan berumur. Cantik itu subjektif.

Al-Bara' bin ‘Azib berkata:

"Rasulullah S.A.W. merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambutnya yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya".(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)

Menurut Islam atau dengan lebih tepat  dari Imam Syafie, sekufu atau setaraf ini melibatkan keagamaan dari semua sudut, kerjaya dan kesejahteraan daripada sebarang kecacatan. Jadi yang paling penting adalah…



1. Adakah jodoh mempunyai agama yang baik? Bermaksud lelaki fasik tidak sekufu dengan perempuan solehah dan sebaliknya. Jika terjadi sebaliknya, kuasa memimpin jatuh pada perempuan, dan adakah dia mampu berdakwah pada lelaki tersebut? Kerana kuasa memipin dalam keluarga adalah lelaki.

2. Adakah pekerjaannya jauh berbeza? Jika seorang perempuan adalah pengarah sebuah syarikat, dan lelaki hanya pemandu lori. Pasti si perempuan tersebut tidak selesa. Wali dan perempuan tersebut ada hak untuk memilih.

3. Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan berlakunya fasakh dalam perkahwinan.

Namun jika menurut masyarakat melayu, setaraf bermaksud sama cantik, sama padan. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Harta kekayaan yang sama. Usia yang sepadan dan sebaya.

Walaubagaimanapun setaraf ini untuk mewujudkan keharmonian di dalam rumah tangga. Ia adalah garis panduan bagi mendapatkan pasangan yang terbaik disisi syarak dan lebih bersifat adil bagi pasangan yang ingin menikah. Namun jika kedua-dua calon saling redha meredhai dan ingin meneruskan perkahwinan, maka ia bukanlah suatu kesalahan atau dosa.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen