Jika Si Dia Benar-Benar Menyayangi Anda, Pasti Tidak Kisah Untuk Korbankan 5 Perkara Ini.

Bercinta sebelum berkahwin kadang-kala memerlukan pengorbanan antara dua pihak. Pada saat ini lah untuk melihat jika si dia mahu mempunyai komitmen dengan anda. Bercinta di awal perkenalan adalah sebagai permulaan untuk melihat jika si dia benar-benar sudah bersedia menanggung komitmen. Jika si dia sudah bersedia untuk berkorban, pasti si dia sudah memikirkan untuk berkahwin dengan anda.

Jom lihat 6 perkara yang si dia sanggup korban untuk anda…

1. Sanggup menukar plan telefon.

Tidak ramai sebenarnya mahu menggunakan bill atau dipanggil postpaid sebagai penggunaan plan telefonnya. Kerana penggunaan postpaid ini memerlukan komitmen bayaran setiap bulan, jika tidak dibayar pasti akan tertunggak dan tidak boleh dipakai. Namun sedemikian, kebanyakan plan telefon mempunyai call unlimited, dengan kemudahan ini pasti si dia mudah untuk menghubungi anda pada bila-bila masa atau dalam jangka masa yang lama.

Jika masih menggunakan prepaid sebagai plan telefon, pastu si dia sanggup untuk mencari plan yang mempunyai call unlimited.



2. Tambang untuk pengangkutan awam.

Dan tidak ramai juga semasa bercinta mempunyai kenderaan sendiri untuk berjumpa dengan kekasih hati. Jika naik motor untuk berjumpa dengan kekasih pasti terasa amat jauh dan bakal merisaukan sesiapa sahaja tentang keselamatannya. Lalu si dia sanggup untuk menaiki pengangkutan awam dan tidak kisah dengan tambang yang akan dibayar.

Jika mempunyai kenderaan sendiri si dia tidak kisah dengan perbelanjaan tol dan minyak.

3. Masa.

Si dia juga sanggup berkorban masa untuk pasangannya juga. Jika sebelum ini semasa menjadi bujang, pasti masanya terluang hanya untuk kawan-kawan dan ahli keluarga sahaja. Malah ada juga masa untuk bersendirian. Namun kali ini, si dia tidak kisah jika masanya terluang untuk anda pula, kerana mahukan teman hidup.



4. Kos makan dan minum.

Setiap kali keluar bertemu, si dia tidak kisah berkorban duit untuk perbelanjaan makan dan minum. Kadang-kala jika anda mahu menggunakan duit anda, si dia pasti akan menolak lembut tawaran anda dan lebih gemar menggunakan duitnya. Jika ini terjadi pada teman lelaki anda, anda pasti amat bertuah. Si dia bukan lah lelaki yang mengharapkan duit dari seorang wanita.

5. Hadiah.

Si dia sanggup membelikan hadiah untuk pasangannya. Kerana dengan hadiah juga menandakan si dia benar-benar menyayangi dan menghargai pasangan. Kadang-kala bukan sahaja pada hari-hari istimewa anda mendapat hadiah, si dia juga akan memberi sebagai kejutan.

Adakah pasangan anda sanggup berkorban untuk 6 perkara ini? Jika ya, jangan lepaskan si dia okay!



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen