Adakah Curang Dalam Hubungan Itu Satu Pilihan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika seseorang itu berlaku curang, ia adalah satu perkara yang menyakiti serta melukakan pasangannya. Ia sangat menyedihkan di mana seseorang yang anda percaya serta seseorang yang telah anda serahkan hatinya tiba-tiba menduakan cinta anda. Adakah dirinya tidak sedar akan kehangatan cinta anda? Bukan itu sahaja, apa yang menyebabkan dirinya berlaku curang? Adakah curang itu adalah satu pilihan?



Sebenarnya ia adalah satu tindakan yang boleh dilakukan dengan pilihan. Jika seseorang itu berfikir bahawa dia sudah mempunyai pasangan dan tidak seharusnya melukakan pasangannya maka ia membuat pilihan untuk menjaga hati anda. Namun jika ia memilih untuk melayani setiap orang yang menghampirinya serta membuka jalan untuk seseorang itu dekat kepadanya, maka ia membuat pilihan untuk memuaskan kehendaknya.

Mengapa ia kehendak? Hal ini kerana jika seseorang itu mempunyai satu pasangan maka ia sedang memenuhi keperluannya. Iaitu setiap manusia ini dilahirkan dengan berpasang-pasangan bukan? Jadi jika wujudnya orang ketiga dalam hubungan maka ia adalah kehendak dirinya yang mahu dipuaskan olehnya sendiri.

Bukan itu sahaja, kecurangan ini berlaku juga kerana seseorang itu tidak cuba untuk sama-sama memperbetulkan kesilapan pasangan. Tetapi lebih kepada ingin mencari seseorang yang lebih sempurna dan membahagiakan diri mereka. Namun pada masa yang sama ia tidak sanggup untuk kehilangan anda dalam hidupnya.


Di samping itu juga, berlaku curang ini juga untuk seseorang yang ingin kelihatan berani tetapi pada masa yang sama seorang yang penakut. Mana tidaknya, dirinya anda berani menipu dan takut akan kejujuran. Tidak salah sekiranya berlaku jujur terhadap pasangan bahawa dirinya mahu mengakhiri hubungan daripada berani menipu pasangan sahaja.

Kesimpulannya, kecurangan itu adalah satu pilihan yang dibuat oleh seseorang demi kepentingan dirinya. Jadi, jika pasangan anda berlaku curang, jangan percaya akan dirinya lagi. Seseorang akan berlaku curang lagi apabila dirinya pernah melakukannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen